adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, February 6, 2011

Kenduri Walimatul Urus.....Tahniah Sarah

Sabtu, 5hb Feb 2011, majlis persandingan sepupu suamiku, Sarah Hamid selamat dan berjalan lancar.
SELAMAT PENGANTIN BARU...Sarah
Sarah & Ibu Mertuaku

Dengan cuaca yang cantik dan makanan yang disediakan amat menyelerakan, aku lihat para tetamu amat berpuas hati. Maklum lah tuan rumah kan katerer, jadi Ucu Siah siapkan hidangan terbaik untuk majlis anak kesayangannya.
Hiasan meja pengantin

buah tangan utk tetamu
saudara-mara & handai-taulan
Jemputan pun ramai dengan saudara-mara yang berkumpul....ramai juga lah yang x pernah ku kenali sebelum ini mengenalkan diri. Aku pun jarang-jarang dapat  berkumpul dengan sanak-saudara di sebelah sini (Teluk Panglima Garang, Banting), kerana kami, suami-isteri dulu terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sekarang dah terpelanting jauh di Melaka....lagi la susah nak jumpa.
sibuknya Ucu.....

Apa2 hal pun tahniah untuk Sarah dan suami....maaf, suami Sarah pun xsempat nak ketemu, Pak Long (ayah mertuaku) xsihat...demam...nak balik cepat sebab xtahan dengan cuaca panas dan orang ramai..... Minta maaf banyak2 dengan Ucu suami-isteri serta Sarah dan adik2 yg lain.
ayah mertuaku yg kurang sihat
the best caterer in town...Ucu Siah, ibu pengantin

InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat kita berjumpa lagi.....

SELAMAT PENGANTIN BARU ...... semoga kekal hingga ke akhir hayat....amin.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu