adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 15, 2011

Konsert Mohsen Namjoo dibatalkan

Alhamdulillah.... akhirnya Konsert Namjoo in "A Minor" Live in Malaysia: Live in Kuala Lumpur dibatalkan.


Konsert yang bakal diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Jumaat ini telah dibatalkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).


Untuk pengetahuan kita, penyanyi ini yang digelar Bob Dylan Iran sering memandang rendah dan mempermainkan martabat umat Islam dan ayat suci al-Quran. Ini terbukti melalui lirik2 dalam lagu2nya yang penuh dengan elemen cabul, seks, dan mengejek Islam serta mempermainkan  al-Quran.


Penyanyi biadap dan bodoh ini pernah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Kerajaan Iran atas kesalahan tersebut tetapi dia dibebaskan selepas beliau meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perangai buruk itu.


Bagaimanapun, sibodoh ini tidak serik kerana dalam konsertnya di Berlin, beliau masih mengulangi kembali kecederungan mengejek Islam dan melontarkan kata2 kasar, biadap dan seks. Dunia barat menerima ini sebagai tamadun baru yang wajar dipertahankan.


Walau bagaimanapun, menurut akhbar Utusan Malaysia, pihak penganjur yang enggan dikenali berkata, pihaknya akan tetap meneruskan konsert tersebut di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu negara yang dihadkan kepada komuniti Iran yang berada di Malaysia.


Eeee...geramnya, warga Iran yang murtad ini masih xsedar diri, xdapat lakukan di negaranya, mereka buat hal kat tempat kita. Harap kerajaan kita cepat2 lah tangani masalah ini sebelum ianya menular ke dalam masyarakat Islam kita.




No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu