adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, February 3, 2011

Krisis Mesir: Sekurang-kurangnya 5 Terkorban


Pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Presiden Hosni Mubarak dan kumpulan anti kerajaan di Dataran Tahrir awal pagi Khamis. Foto AP
KAHERAH: Sekurang-kurangnya lima terkorban apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti kerajaan yang berkumpul di Dataran Tahrir, di sini Khamis.
Dilaporkan ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan mengalami kecederaan dalam pertembungan dengan kumpulan pro kerajaan sedang menunggu giliran untuk menerima rawatan kecemasan di Dataran Tahrir.
Dalam pertembungan semalam, tembakan senjata api berlarutan sehingga lebih daripada satu jam di sekitar kawasan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman Mubarak yang hanya akan berundur pada September depan.
"Kami tidak akan meninggalkan tempat ini selagi Mubarak tidak berundur," kata seorang wanita yang dikenalpasti oleh Al Jazeera sebagai Mona Seif.
Menteri Kesihatan Mesir, Ahmad Samih Farid memberitahu televisyen kerajaan bahawa lima orang penunjuk perasaan disahkan terbunuh manakala 836 yang lain mengalami kecederaan.
Katanya kebanyakan korban adalah akibat daripada membaling batu dan serangan menggunakan besi dan kayu. Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu