adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, February 22, 2011

Sertai Pas, Bob Lokman Pilih Watak Tidak Mendatangkan Dosa


Bob Lokman
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Bob Lokman,47, hanya akan menerima watak-watak yang lebih bermanfaat dalam dunia lakonan selepas membuat keputusan menyertai parti pembangkang iaitu Pas.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia mahu memilih watak yang tidak mendatangkan dosa apabila sudah meninggal dunia kelak.
“Ikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, kita (saya) tak ada sumber cari makan bidang lain, jadi kemahiran kita berlakon, ustaz kata pilih watak jangan jadikan dosa bila kita tak ada di dunia ini. Carilah watak-watak yang mendatangkan manfaat,” katanya seperti dipetik dalam laman portal tvpas.com yang disiarkan menerusi youtube, Isnin.
Bob Lokman bersama Azizan Abd Razak mengangkat tangan selepas menjadi ahli Pas. - Gambar petikan tvpas.com.
Menerusi portal berita TV itu, Bob Lokman turut dilihat menyerahkan borang sebagai Ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada Sabtu lalu.
Kata Bob Lokman, anaknya mempunyai maslah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan, pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.
Atas perkara itu dia bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana sehingga menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya hebat dan bangga diri.
“Masa saya muda dulu saya tak sedar sebab saya muda. Sekarang saya rasa ada tanggungjawab pada anak,” katanya.
Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com.
Wartawan portal itu turut bertanya adakah dia tidak terfikir kedudukannya dalam bidang seni akan terjejas kerana keputusan tersebut, kata Bob dia sudah bersedia menghadapi perkara itu.
Bagaimanapun ujar Bob dia menyerahkan keyakinannya kepada Allah bagi menentukan rezekinya dalam bidang seni.
“Apa yang berlaku semuanya (daripada) Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya (mahu) selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka,” katanya.
Bob Lokman sebelum ini popular dengan liriknya nyanyian kumpulan Wings dan Search seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Isabella. - mStarOnline

2 comments:

  1. Alhamdulillah....selangkah ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....betul tu Kak Wan...yg penting dah ada kesedaran utk berubah ke arah kebaikan. Tentang politik tu tolak tepi, itu ideologi individu.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu