adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, February 17, 2011

Shah Rukh Khan Jalani Penggambaran 'Don 2' di Melaka


Datuk Shah Rukh Khan di sungai Udang, Melaka untuk penggambaran filem Don 2, Selasa. - Foto The Star oleh A. MALEX YAHYA
MELAKA: "Sebelum ini saya telah berjanji untuk kembali ke sini dan jalani penggambaran filem dan sekarang saya di sini," kata artis sensasi Bollywood Shah Rukh Khan.
Dianugerahi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka selepas kunjungan terakhir pada Disember 2008, Datuk Shah kini berada di Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya Don 2, susulan filem Don: The Chase Begins yang dihasilkan pada 2006.
"Kami memulakan penggambaran beberapa hari yang lepas dan akan berada di sini antara dua dan tiga hari untuk penggambaran bahagian awal filem ini," katanya kepada pemberita di Sungai Udang di sini, Selasa.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan dua orang produser filem itu, Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar.
Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi dipilih sebagai lokasi untuk penggambaran filem ini yang turut disertai 140 kru filem dan akan berakhir di Berlin, Jerman.
Filem arahan Farhan Aktar itu dijangka dipasarkan di 32 negara pada Disember depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu