adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, February 21, 2011

Siswi UM hilang ketika berkempen


KUALA LUMPUR: Seorang calon Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang akan bertanding merebut kerusi umum dalam pilihan raya kampus hari ini dilaporkan hilang ketika berkempen.Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, Masturah Abu Bakar, 22, sedang berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM bersama rakannya.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ketika kejadian pelajar berkenaan sedang mengadakan program kempen dan berpisah dengan rakannya selepas memaklumkan ingin membeli kad tambah nilai. “Selepas beberapa lama menunggu, Masturah tidak muncul dan rakannya cuba menghubunginya, namun gagal.

“Gerakan mengesan Masturah dilakukan kira-kira enam jam dengan bantuan penduduk setempat, namun menemui jalan buntu,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai jam 12.20 tengah malam, semalam.

Harian Metro difahamkan Masturah ketika berkempen memakai baju kurung batik merah jambu, bertudung merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, mempunyai ketinggian lebih kurang 173 sentimeter dan berkot labuh hitam. - myMetro

Berita berkaitan: Dah jumpa dah...

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu