adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, February 21, 2011

Sultan Johor pandu tren hadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja


Sultan Johor sedang memandu lokomotif
- foto thestaronline
JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berangkat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-223 yang bermula Rabu ini di Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda bersama pegawai-pegawai istana bertolak dari stesen JB Sentral ke Stesen Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi dengan menggunakan tren Ekspres Rakyat yang dipandu baginda sendiri.
Baginda memandu tren tersebut hingga ke Stesen Kluang sebelum berehat seketika dan memandu semula dari Stesen Seremban hingga ke destinasi terakhir iaitu Stesen Kuala Lumpur.
Tren itu turut membawa hampir 350 penumpang lain. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu