adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, March 21, 2011

Edry Persoal Angka Giliran, Elemen Drama Untuk Raih Undi


Persembahan duet antara Edry dan protogenya Iqa - Foto The Star Oleh ROHAIZAT MD DARUS
SHAH ALAM: Salah seorang Mentor 5, Edry Abdul Halim mempersoalkan angka giliran dan elemen drama yang ditonjolkan oleh program tersebut sebagai meraih undi.
Edry yang merupakan Mentor kepada Iqa menganggap angka giliran terakhir yang diberikan kepada protege Erra Fazira pada kedua-dua pusingan adalah tidak adil kepada peserta lain.
"Pada saya giliran terakhir yang diberikan kepada Salma pada dua-dua pusingan memberi kelebihan kepada dia untuk mendapat undian lebih secara psikologinya.
"Sepatutnya pihak produksi seharusnya membuat undian terlebih dahulu sebelum memulakan pertandingan. Kami tidak mahu hanya dilihat sebagai pembukaan kepadapersembahan Salma.
"Saya mahu perkara ini diperbincangkan semula dan mahukan cabutan undian dibuat setiap kali pusingan," katanya selepas tamat pertandingan Mentor 5 bagi Kumpulan B, Di Dewan MBSA, Shah Alam, Ahad.
Selain itu, Edry turut tidak bersetuju terhadap elemen drama dan simpati yang dipaparkan sebagai tujuan meraih undian penonton.
Rahim Maarof dan protogenya Aiman
"Ini adalah pertandingan nyanyian dan tidak sepatutnya dimasukan elemen-eleman drama dan simpati bagi meraih undi penonton.
"Saya mahu bersaing secara sihat, protege saya juga ada kisah peribadi sendiri tapi tidak mahu berkongsi kepada umum,"katanya.
Dalam pada itu, Edry tidak menafikan kekurangan markah protegenya pada malam pertandingan itu adalah disebabkan perkara-perkara tersebut.
"Kami ketinggalan sebayang 30 markah dibelakang Salma, yang mana merupakan sesuatu yang agak sukar untuk kami kejar.
"Kami terpaksa berjuang dengan sehabis baik untuk melalui minggu-minggu hadapan," katanya.
Sementara itu, penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa berkata angka giliran yang ditentukan kepada peserta adalah mengikut format program tersebut dan ia tidak akan ditukar kepada sistem undian.
"Kami mengikut format seperti Mentor musim pertama lagi, dimana semua peserta berpeluang untuk mendapat setiap giliran.
Erra dan Salma
"Jika minggu ini Salma terakhir, minggu seterusnya kita akan peserta lain pula. Tidak timbul soal pilih kasih atau tidak adil.
"Tentang eleman drama itu sememangnya ini merupakan program realiti,eleman tersebut merupakan salah satu dari format program ini. Namun bukan elemen utama yang menentukan kemenangan," katanya.
Jelas Sufian, perkara tidak puas hati seharusnya tidak berlaku dan setiap Mentor seharusnya memberi semangat kepada protege bagi meneruskan perjalanan pertandingan ini.
Pada pertandingan tersebut Salma yang membawakan lagu Yang Terindah Hanya Sementara mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus, diikuti pula dengan Ika (Kenangan Lalu) 55 peratus.
Sementara Aiman (Kesedaran) mendapat 48 peratus.
Selain Datuk Ramli MS, penyanyi Zainal Abidin menjadi juri undangan pada malam tersebut.
Sementara itu, Mentor yang mempunyai enam protege telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Pada Ahad ini, protege daripada kumpulan A pula akan bertarung.
Protege kumpulan B terdiri daripada Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini) dan Ayish (Noh Hujan).- mStarOnline

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu