adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, March 12, 2011

Justin Bieber cetus kekecohan


ANGGOTA-ANGGOTA polis mengawal para peminat Justin Bieber di luar hotel penginapan penyanyi itu di Liverpool kelmarin.

LIVERPOOL - Penyanyi remaja, Justin Bieber mencetuskan kekecohan di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejumlah peminat mengerumuni sebatang jalan raya di depan sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan penyanyi tersebut.
Peminat-peminat itu menjerit namanya menyebabkan polis memberi amaran kepada Bieber supaya dia tidak mendekati balkoni Hotel The Hard Days Night di sini.
Polis berkata, Bieber akan ditangkap jika dia menemui para peminatnya itu kerana kehadirannya akan menyebabkan satu rusuhan bakal berlaku.
Namun, pihak pengurusan Bieber mengadakan perbincangan untuk menenteramkan situasi menyebabkan Bieber menjerit ke arah peminat-peminatnya.
Penyanyi itu yang terkenal dengan lagu Baby berada di Liverpool kerana dia mempunyai jadual persembahan di bandar tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu