adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, March 10, 2011

'Kemboja Putih' Drama Hantu Inspirasi Filem 'Nang Nak'


Ezany, Eira dan Fauzi
PETALING JAYA: Drama terbaru slot Legenda di TV3, Kemboja Putih, yang mula ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang, tentunya membuatkan penonton teruja untuk menyaksikannya.
Menurut pengarahnya, Haris Fadzillah, Kemboja Putih merupakan sebuah drama seram yang unik kerana ia tidak membabitkan kewujudan hantu.
"Drama ini merupakan sumber inspirasi daripada filem Thailand, Nang Nak dan kisahnya sedikit sebanyak menyerupai filem tersebut di mana ia mengisahkan tentang seorang suami, Amar (Fauzi Nawawi), yang telah membunuh isterinya, Kemboja (Eira Syazira) gara-gara salah faham mengenai anak yang dikandungkan Kemboja.
"Disebabkan Amar berasa serba salah, dia menganggap isterinya masih lagi wujud. Kemboja pula muncul dalam bayangan Amar kerana ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menjatuhkan maruahnya.
"Bagi saya, Kemboja Putih mempunyai pengolahan skrip yang bagus dan saya percaya, penonton pasti akan menyukainya," katanya pada sidang akhbar drama tersebut di Sri Pentas TV3, Rabu.
Di bawah terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, skrip Kemboja Putih dihasilkan oleh Rozie Rashid. Ia turut juga dibintangi Ezany Nizariff.
Dalam pada itu, Fauzi yang sebelum ini sering membawakan watak-watak antagonis gembira kerana dapat melakonkan watak baik.
"Wataknya menarik, tetapi saya perlu bermain emosi yang lebih apabila perlu bercakap sendirian.
"Alhamdulillah, saya diberikan gandingan pelakon-pelakon yang cukup mantap bagi menjayakan drama ini.- mStarOnline

2 comments:

  1. sedang mengikuti drama ini, so far so good.

    ReplyDelete
  2. wah...bestnya dok umah, boleh la mengikuti.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu