adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, March 8, 2011

Pakej Pernikahan Krisdayanti Di Masjid RM2,761


Krisdayanti bersama bakal suaminya. Gambar portal inilah.com
JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti (KD) mengesahkan akan melangsungkan perkahwinan dengan Raul pada 20 Mac ini dalam satu majlis yang akan diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman, di sini.
KD dikatakan sudah menempah pakej pernikahan bernilai Rp8 juta rupiah (RM2,761) di masjid itu.
“Dia ambil pakej Rp8 juta termasuk dekorasi pernikahan dan juga pembaca al-Quran,” ujar jurucakap Hotel Sahid dan Masjid Sahid Nurul Iman, Ali Usman seperti laporan portal inilah.com, Isnin.
Masjid Nurul Iman baru saja dibina dan mula digunakan sejak 14 Mac tahun lalu. Masjid yang agak besar itu mempunyai seni bina menarik yang turut mempunyai kolam air. Ia turut dibahagikan kepada dua tingkat bagi memisahkan lelaki dan perempuan.
Pasangan tersebut dijangka melangsungkan pernikahan di antara pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi waktu tempatan.
“Kalau majlis itu berlarutan sehingga tengah hari, ia akan mengganggu jemaah lain yang ingin mengerjakan solat,” ujar Ali Usman. - mStarOnline

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu