adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, March 1, 2011

Pelajar ke sekolah tidak pulang-pulang


JUNAIDAH Mahmud menunjukkan gambar anak perempuannya, Nor Aqilah Mohammad, pelajar Tingkata Empat SMK Ibrahim Fikri yang didapati hilang di hadapan sekolahnya 27 Februari lalu, ketika ditemui di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu, 1 Mac. - Utusan/SHAIFUDDIN MOHD NOR
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan yang dihantar ibunya ke sekolah dua hari lalu tidak pulang ke rumahnya di Kampung Baru, Seberang Takir sehingga hari ini.

Junaidah Mahmod, 38, berkata beliau menghantar anak sulungnya itu Nur Aqilah Mohamad, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Ibrahim Fikri pada pagi Ahad lalu untuk menghadiri Hari Sukan di sekolahnya.

"Pukul 1 tengah hari, saya pergi sekolah nak ambil dia, tapi saya tunggu sampai 3 petang, dia tak muncul. Saya masuk sekolah tanya guru, tapi guru beritahu anak saya tak hadir ke sekolah," katanya.

Junaidah berkata, anaknya itu tidak mempunyai masalah keluarga dan tidak pernah meninggalkan rumah begitu lama.

Beliau merayu orang ramai yang menjumpai anaknya supaya menghubunginya. Beliau sudah membuat laporan polis tentang kehilangan Nur Aqilah.-Bernama

2 comments:

  1. hai anak...kemana kau pergi. Xkesian ke pd ibumu. Pada yg melihat gadis ini, hubungilah mereka dgn segera.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu