adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, March 16, 2011

Rakyat Indonesia kemuka saman fitnah


JAKARTA 16 Mac – Sekumpulan rakyat Indonesia semalam mengemukakan tuntutan saman fitnah AS$1 bilion (RM3 bilion) terhadap Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini dan dua akhbar Australia berhubung penyiaran beberapa artikel yang menuduh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyalahgunakan kuasa.

Artikel itu adalah berdasarkan kabel diplomatik AS yang bocor dan disiarkan oleh laman web WikiLeaks.

Kumpulan bernama Kesatuan Sekerja Perusahaan Milik Kerajaan itu berkata, akhbar-akhbar milik Fairfax, Age dan Sydney Morning Herald gagal melakukan pemeriksaan rapi sebelum menyiarkan artikel berkenaan pada Jumaat lalu.

“Kami memfailkan tuntutan saman fitnah di Mahkamah Daerah Jakarta Tengah terhadap syarikat akhbar hari ini kerana dakwaan yang disiarkan telah merosakkan maruah negara kami,” kata peguam kumpulan, Habiburokhman.

Akhbar berkenaan telah menjatuhkan nama baik Susilo dan memberi tanggapan Indonesia ialah sebuah negara korup, ujar beliau.

Age dalam artikel berjudul Yudhoyono: Abused Power, memetik ‘kabel diplomatik AS sebagai berkata, Susilo sendiri campur tangan untuk mempengaruhi pendakwa raya dan hakim supaya melindungi tokoh politik korup dan mengenakan tekanan ke atas musuh beliau.’

Sementara itu, berpuluh-puluh penunjuk perasaan berhimpun di depan pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta semalam bagi menuntut permohonan maaf berhubung kebocoran maklumat itu, lapor laman web berita Detikcom. – AFP

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu