adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, March 4, 2011

Rossa Bukan Punca Yoyok Ambil Syabu


Rossa tidak ada kaitan dengan punca penglibatan Yoyok terhadap Syabu
JAKARTA: Penyanyi Rossa dikaitkan sebagai punca bekas suaminya, pemain dram kumpulan Padi, Yoyok mengambil dadah jenis Syabu sehingga ditangkap.
Yoyok juga dikatakan tertekan dengan penceraian yang berlaku antara mereka dan mengambil jalan hitam tersebut sebagai penyelesaian.
Bagaimanapun, perkara tersebut di bantah keras oleh peguam Yoyok, Noni T Purwaningsih yang memberitahu bahawa keretakan rumah tangga anak guamnya itu tiada berkait dengan kes dadah tersebut.
"Perkara ini tiada kena mengena dengan Rossa kerana selepas berpisah mereka tetap mempunyai hubungan baik terutamanya dalam hal menjaga anak mereka," katanya seperti dipetik Kompas.com.
Namun begitu, Noni tidak mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan Yoyok terlibat dengan ketagihan dadah ini.
"Saya tidak tahu tentang masalah peribadinya. Tugas saya hanya membelanya di muka pengadilan. Saya perlu sentiasa berfikiran positif. Apa yang saya tahu dia ditangkap ketika berada di kediamannya dan Yoyok hanya menyerah diri sahaja," katanya.
Noni juga memaklumkan tentang keadaan Yoyok yang kini ditahan di sebuah badan pencegahan dadah di Jakarta dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat. - mStarOnline

2 comments:

  1. jgn suka menyalahkan org lain bila lakukan kesalahan. Diri sendiri punca segalanya, ada akal guna jgn disimpan.

    ReplyDelete
  2. sengoti...doh wat saloh caro nok nyaloh kok oghe pulok.....mugo ni xayoh suruh,budok ngaji pun panda..

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu