adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, March 21, 2011

Sultan Kelantan murka


Sukri Mohamed menunjukkan sijil pendaftaran sebuah pertubuhan sewaktu membuat sidang akhbar di Istana Bali Besar, Kota Bharu semalam

KOTA BHARU 20 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V amat dukacita dengan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran 'Datuk kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.

Kekecewaan baginda itu diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Sukri berkata, pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit sejak tahun lalu kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.

Katanya, ada di antara penerima terbabit sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada NGO tersebut bagi mendapatkan gelaran 'Datuk' kurniaan darjah kebesaran.

"Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima yang sanggup membayar RM150,000. Terbaru pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lalu.

"Mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Sultan Kelantan adalah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan baginda sahaja yang boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.

"Berikutan itu mana-mana pihak selain Sultan Kelantan tidak boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran dan tidak boleh mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan," katanya.

Tambahnya, semua pihak terutama rakyat dari luar Kelantan harus menyedari tiada sesiapa dari negeri selain daripada Sultan Muhammad Ke-V yang layak mengurniakan darjah kebesaran bagi mengelakkan terus ditipu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.

"Ia masih dalam siasatan namun tiada sebarang tangkapan dibuat dan kita sedang merekod kenyataan daripada mereka yang terlibat," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu