adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, March 9, 2011

Tujuh perompak kapal tangki ditahan


JOHOR BAHRU — Tujuh lelaki rakyat Indonesia berjaya ditahan pihak berkuasa selepas merompak kru kapal tangki, MT Front Queen pada kedudukan 2.8 batu nautika Pulau Mungging, Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata kejadian itu dikesan oleh anggotanya yang melakukan rondaan di perairan tersebut kira-kira 3.15 pagi selepas terdengar bunyi hon daripada kapal terbabit.
"Anggota APMM di dalam bot Kilat yang bergerak rapat ke arah kapal tersebut sempat melihat tujuh lelaki di dalam sebuah bot kayu yang sedang membuang dua batang galah panjang dan sejumlah barangan di dalam plastik,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya anggota bot Kilat kemudian meminta bantuan sebuah lagi bot APMM, iaitu bot Petir sebelum kesemua sembilan anggota APMM tersebut berjaya menahan tujuh lelaki itu yang disyaki baru selesai merompak kru kapal itu.
Katanya pemeriksaan di dalam bot kayu terbabit menemui sebilah kapak, pisau, beberapa batang spanar, dompet, topeng dan sejumlah barangan lain. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu