adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, March 27, 2011

Ular masuk ruang tamu


TELUK INTAN: Tindakan berani dua beranak cuba menghalau dan menangkap seekor ular sawa sepanjang enam meter yang memasuki rumahnya membawa padah apabila salah seorang daripada mereka dibelit reptilia berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan pantas si bapa mengetuk kepala ular berkenaan menyebabkan ular itu melepaskan belitan ke atas anak lelakinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Kampung Air Tenang, Sungai Tukang Sidin, Chikus itu, seorang remaja, Alfaizan Anwar, 21, bersama bapanya, Anwar Arshad, 53, berdepan saat mencemaskan apabila seekor ular seberat 70 kilogram memasuki ruang tamu rumahnya ketika sedang menonton televisyen.

Anwar berkata, dia mula panik apabila ular berkenaan bertindak agresif sebelum membelit anaknya ketika cubaannya menghalau dan menangkap ular itu.

Beliau berkata, terperanjat melihat kejadian itu, dia memberanikan diri mengetuk kepala ular itu menyebabkan reptilia melepaskan belitan terhadap Alfaizan."Pada mulanya, saya mendengar seperti bunyi pelik sebelum menoleh ke belakang dan melihat seekor ular sedang berada di ruang tamu.

"Saya dan anak sedang menonton televisyen ketika kejadian sebelum menyedari kewujudan ular berkenaan," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

Katanya, dia dan anak terpaksa berhempas pulas selama dua jam untuk menewaskan ular itu. Anwar berkata, dia yakin ular berkenaan sedang kelaparan dan mungkin memburu beberapa ekor kucing yang di belanya di dalam rumah.

Katanya, kejadian itu adalah kali kedua ular sawa memasuki rumah penduduk di kampung ini. 

"Sebelum ini, ular sawa sepanjang lebih tujuh meter di tangkap ketika binatang berbisa itu cuba membaham kambing peliharaan di belakang rumah. 

"Bagaimanapun, saya bersama penduduk kampung berjaya menangkap dan menyerahkan ular itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya. - myMetro

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu