adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, April 4, 2011

Artis Paling Popular Milik Shaheizy Sam


Shaheizy Sam
GENTING HIGHLANDS: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2010 yang diadakan di Arena Of Stars di sini, malam Ahad.
Sam yang turut menerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular mendapat undian tertinggi sebanyak 126,168 undian.
Kemenangan Sam hampir memenuhi jangkaan ramai dan melayakkan dia membawa pulang hadiah berupa trofi, kereta Nissan Teana 2.0 liter berharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000.
Sam turut merampas gelaran itu daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang memegang gelaran itu tahun lalu.
"Selama bertahun-tahun lalu, saya hanya berdiri dalam dewan ini dan menonton dari bawah.
"Terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri dari bertanding kerana memang saya teringin untuk menang," kata Sam yang turut berkongsi kemenangan dengan ibunya, pelakon Khaty Fauziah.
Sam berkata, ibunya adalah antara penyumbang kemenangannya pada malam itu yang tidak jemu menghantar undian menerusi akhbar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Senarai pemenang ABP2010:
1) Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
2) Penyanyi Wanita Popular - Yuna
3) Artis Duo/ Berkumpulan Popular - 6ixth Sense
4) Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
5) Pelakon Televisyen Lelaki Popular - Remy Ishak
6) Pelakon Televisyen Wanita Popular - Fasha Sandha
7) Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
8) Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
9) Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
10) Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
11) Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
12) Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
13) Pengacara Televisyen Lelaki Popular - Aznil Nawawi
14) Pengacara Televisyen Wanita Popular - Fara Fauzana
15) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
16) Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
17) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil
18) Anugerah Artis Mobile Popular 2010 - 6ixth Sense

1 comment:

  1. TAHNIAH....sememangnya kamu layak utk anugerah ini kerana lakonan kamu memang mantap & tidak menjemukan. Juga betul kata2 SAM iaitu terima kasih pd Datuk Siti kerana memberi laluan pd yg lain utk sama2 merasa rezeki Allah swt. Pada artis yg lain yg dah byk kali terima anugerah yg sama....fikir2kanlah...

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu