adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, April 22, 2011

Dataran Klebang lubuk ‘kereta goyang’


MELAKA: Lubuk ‘kereta goyang’ atau ‘memancing kolam cetek’ adalah istilah yang diberi pengunjung Dataran 1 Malaysia, Klebang, dekat sini, yang menjadi lokasi segelintir pasangan memadu kasih di dalam kenderaan.

Pasangan terbabit dikatakan bukan saja melakukannya pada malam hari, bahkan perlakuan sumbang itu turut dipertontonkan pada sebelah siang.

Deretan kenderaan yang diletak di sepanjang dataran pada waktu malam kebanyakannya mempunyai pasangan sedang bermadu kasih di dalamnya, bermula dengan aksi ringan-ringan hinggalah kereta goyang khususnya menjelang tengah malam. 

Lebih memalukan apabila dataran itu juga pernah dijadikan tempat pesta bogel di kalangan ‘awang hitam’ kira-kira dua bulan lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung.

Tinjauan Harian Metro pada waktu siang juga mendapati beberapa pasangan kekasih asyik bermadu kasih di dalam kenderaan yang diletak menghadap pantai tanpa menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar merakam aksi mereka.

Pengunjung dikenali sebagai Epul, 24, berkata, dataran itu mula dikunjungi pasangan yang mahu bermadu kasih seawal jam 10 malam dan jam 12 malam adalah waktu kemuncak menyaksikan beberapa kenderaan di sepanjang dataran itu bergoyang.

Katanya, pengunjung di situ bukan hanya disajikan aksi kereta goyang bahkan gelagat pasangan kekasih bermadu kasih dengan duduk berdua-duaan dan berkelakuan sumbang juga boleh dilihat. 

“Sejak dataran ini wujud, ia dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu dan pengunjung boleh merakamkan adegan gurauan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan yang dihidupkan enjin dan penyaman udaranya.

“Mereka berani berkelakuan begitu kerana dataran ini kebiasaannya dikunjungi golongan muda dan kaki pancing menyebabkan adegan pasangan terbabit digelar memancing di kolam cetek oleh penduduk,” katanya.

Menurutnya, sepanjang beberapa kali kunjungannya di dataran itu pada waktu malam, tiada pemantauan mahupun rondaan dilakukan pihak berkuasa.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rizma, 31, berkata dataran berkenaan tidak lagi sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adengan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan membendung gejala ini kerana ia semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung. - myMetro

1 comment:

  1. hai Melaka maju....maju dlm segala aspek.... Yg paling ketara ialah kehidupan sosial remaja maupun yg tua terlebihlah majunya.....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu