adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, April 5, 2011

Diari dedah kisah hitam gadis 16 tahun


PETALING JAYA: Seorang ibu yang terbaca diari anak gadisnya terkejut apabila mendapati anaknya itu menjadi mangsa rogol bapa saudara sejak tahun lalu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun sering menjadi pemuas nafsu bapa saudaranya yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di rumah lelaki terbabit ketika tiada sesiapa di rumah. 

Menurut sumber, mangsa meluahkan rasa bersalahnya itu dalam diari kerana tidak berani memberitahu sesiapa selepas diugut akan dicederakan lelaki terbabit.

Mangsa terpaksa tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya di Kota Damansara selepas ibu bapanya bercerai pada 2006.

Sumber berkata, sejak itu, mangsa sering kali dijadikan alat pemuas nafsu bapa saudaranya.

“Mangsa pada mulanya cuba melawan, namun terpaksa mengalah selepas gagal menghalang lelaki itu daripada memperkosanya,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, penderitaan mangsa terbongkar apabila ibunya yang melawatnya di rumah itu terkejut apabila membaca diari berkenaan.

“Wanita itu membuat laporan polis Sabtu lalu lalu kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan. - myMetro

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu