adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, April 10, 2011

Kelam-kabut dalam bas


TERABUR...muatan roti bertaburan di atas lebuh raya.

PENDANG: “Ketika itu, bas terhuyung-hayang dan sebaik bangun saya dapati cermin kiri bas pecah dan keadaan menjadi kelam-kabut. Ada di antara rakan-rakan saya yang cedera di kepala akibat terhantuk pada badan bas termasuk saya yang luka di kepala,” kata Muhammad Baihakir Mohamad Fadlah, 23.

Dia ialah antara sembilan pelajar yang cedera dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), di sini semalam, selepas bas yang membawa 36 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini merempuh belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan roti di kilometer 72.3 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke utara di sini, awal pagi semalam. 

Difahamkan, lori yang dirempuh bas berkenaan gagal dikawal sebelum ia terbalik dan merempuh penghadang jalan. Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan pulang ke Sintok cuba memotong sebuah lori yang penuh dengan muatan roti, namun gagal sebelum merempuh belakang lori berkenaan. 

Pemandu lori, Roslan Muhammad, 49, berkata, dia dalam perjalanan dari Shah Alam berseorangan dan sebaik tiba di kilometer berkenaan, lori yang dipandunya terhuyung-hayang selepas mendengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang lorinya.

“Sebaik dilanggar, saya gagal mengawal lori sebelum melanggar penghadang jalan di situ menyebabkan bahagian belakang lori saya pecah.

“Bas ekspres berkenaan mungkin cuba memotong saya tetapi tidak berjaya kerana jaraknya terlalu dekat menyebabkan bas berkenaan melanggar bahagian belakang,” katanya. 

Menurutnya, ketika merempuh penghadang jalan dia menyangkakan dia sudah tidak mempunyai peluang untuk hidup namun bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan di kepala. 

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abd Aziz Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan. Katanya, sembilan pelajar yang cedera ringan dibawa ke HSB bagi mendapatkan rawatan dan mereka semua mereka dibenarkan pulang pagi semalam. - myMetro

2 comments:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu