adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, April 14, 2011

'Mata Ayer' Legenda Sedih Kematian Melati


Zamarul Hsiham dan Azza (Elite)membintangi 'Mata Ayer' menerusi slot Legenda di TV3.
PETALING JAYA: TV3 menerusi slot Legenda memperkenalkan drama bersiri terbaru iaituMata Ayer yang mula disiarkan pada Isnin lalu.
Drama 20 episod terbitan Zeel Production itu menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis selama sejam bermula pukul 4 petang.
Drama yang mengambil alih siri Kemboja Puteh itu membariskan pelakon-pelakon terkenal antaranya Zamarul Hisham, Azza (Elite), Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.
Turut berlakon Hairi (Anak Wayang), Sharifah Shakinah, Norlia Ghani, Zain Saidin serta pendatang baru Syaff Shamim, Redza Hasbi dan Nur Hirzi.
Pendatang baru, Syaff Syamim (kiri) dan Nur Hirzi.
Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, ia mengisahkan bagaimana penduduk kampung masih mempercayai perubatan tradisional daripada Tok Ipin (Zamarul Hisham) sekiranya mempunyai masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus.
Kehebatan Tok Ipin disegani dan disanjung oleh penduduk kampung.
Bagaimanapun Tok Ipin mula berasa tercabar dengan wujudnya sebuah klinik desa kerana ia telah menjejaskan pendapatannya sebagai sorang bomoh dan pengamal ilmu hitam.
Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah legenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin.
Zain Saidin dan Azza
Punca mata air dikaitkan dengan legenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya sehingga kini.
Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus.
Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air daripada mata air itu untuk perubatan tradisional.
Kehadiran Ustaz Akhbar (lakonan Hairi Anak Wayang) telah mencabar kredibiliti Tok Ipin sehingga dia memasang pelbagai muslihat untuk terus kekal berpengaruh selain mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.
Lebih menarik, drama ini turut menampilkan single terbaru Farawahida, Jangan Tanya Aku Lagi sebagai lagu tema yang dijangka popular. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu