adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, April 13, 2011

Maut atas riba adik


MANTIN: “Hancur luluh hati ini apabila saya hanya boleh mendengar nafasnya berdengus kencang di riba dengan keadaan mukanya hampir hancur dan berlumuran darah,” kata Zuraini Zainal Chandra, 23, mangsa yang terselamat dalam nahas jalan raya mengorbankan dua nyawa di Jalan Pajam-Mantin di sini, semalam.

Perjalanan dua beradik dan rakan mereka yang baru pulang bekerja berakhir dengan tragedi memilukan berikutan seorang daripadanya terkorban apabila kereta dinaiki bertembung dengan motosikal di laluan berkenaan, kira-kira jam 12 tengah malam.

Selain pemandu, Zakaria Zainal Chandra, 31, penunggang motosikal berkenaan, D Jevan, 25, turut maut di tempat kejadian dan klinik berdekatan.

Menceritakan detik ngeri itu, Zuraini berkata, dia bersama abangnya (Zakaria) dan rakannya, R Janani, 23, yang baru selesai bekerja di sebuah kilang membuat papan tanda di Nilai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Desa Pelangi, di sini.

“Ketika itu, saya dan rakan yang duduk di belakang nyenyak tidur kerana terlalu kepenatan, manakala abang memandu kereta.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan mendapati kereta berpusing beberapa kali sebelum terbalik dalam longkang.

“Saya yang cedera di muka akibat terkena serpihan cermin segera bangun dan menarik rakan keluar. Apabila diperiksa, saya melihat abang tiada di tempat pemandu dan mendapati dia terbaring di luar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya di sini, semalam.

Menurutnya, dia meletakkan kepala abangnya di atas riba dan cuba memanggil namanya, namun tiada sahutan.

“Saya hanya mampu menitiskan air mata dan berharap dia dapat diselamatkan walaupun cedera parah pada muka. Selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Mantin, dia disahkan meninggal dunia,” katanya.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan hanya cedera pada muka, manakala rakannya cedera di kaki kanan.

Kata Zuraini, abangnya yang dianggap pendiam dilihat agak periang dan peramah berbanding biasa dengan rakan sekerjanya ketika sedang bekerja sebelum kejadian.

Sementara itu, isteri mangsa, Zumaidah Abdullah, 23, berkata, suaminya berpesan sebelum keluar bekerja pada Ahad lalu.

“Dia memberitahu ‘kalau saya sudah mati, awak kena jaga anak-anak dan jangan sesekali membiarkan mereka,’. Saya hanya mengangguk dan melihat dia pergi bekerja.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika ini dan tidak menyangka ia petanda dia meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu