adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, April 16, 2011

Penyanyi Madu & Racun tutup usia


JAKARTA: Pemuzik dan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Madu dan Racun, Arie Wibowo, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung, lapor media, semalam.

Dia sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-59 hari ini.

Arie adalah penyanyi utama kumpulan terkenal pada 1980-an, Bill & Brod.

Rakan Arie, Leo Manurung, berkata kira-kira dua jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, penyanyi itu mengadu sakit dada, tetapi masih ceria.

“Dia menyangka hanya ada masalah angin dalam badannya,” katanya. Ketika itu, katanya, Arie bermain gitar sambil merokok dan menyanyikan kira-kira enam lagu tetapi tiba-tiba mengadu sesak nafas kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Selepas masalah itu berterusan, dia membawa Arie ke hospital dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira sejam kemudian.

Adik Arie, Theo, berkata jenazah penyanyi berkenaan dikebumikan berhampiran Rumah Anak Yatim al-Kamal di Kedoya, Jakarta Barat.

Selain Madu dan Racun, Arie serta Bill & Brod turut popular dengan lagu lain pada zaman kegemilangannya, termasuk Singkong dan Keju serta Ida Ayu Komang. - Detik.com

1 comment:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu