adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, April 20, 2011

Raul, KD boleh direjam: Ulama

JAKARTA: Pengakuan penyanyi Krisdayanti (KD) yang mengaku dirinya hamil empat bulan mendapat kecaman daripada ulama. KD baru menikah pada 20 Mac lalu dengan Raul Lemos tetapi sudah hamil empat bulan.

Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) DKI Jakarta, Habib Selon berkata, perbuatan KD itu lebih buruk daripada mendedahkan aurat dan pergaulan bebas.

“Dalam Islam ada dua hukum. Pertama, jika dia hamil empat bulan sebelum bernikah, maka anaknya dipanggil anak zina dan ibu bapanya boleh direjam,” ujar Habib ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, jika kehamilan itu sudah berusia lebih daripada enam bulan, maka anak yang bakal lahir itu dikatakan anak haram. 

“Jadi, sekiranya dia membuat pengakuan seperti itu, maka nilailah sendiri,” tambahnya yang menentang keras penzinaan dan pornografi.

Sementera itu, KD mengaku dia sudah hamil empat bulan dalam sebuah tabloid wanita. Pengakuan itu dibuat kerana dia tidak mahu kehamilannya akan mendatangkan masalah kelak. 

Bekas suami KD, Anang Hermansyah tidak mahu memberi komen ketika diajukan isu itu kepadanya.

“Soal terkejut atau tidak, rasanya tidak wajar untuk saya memberi komen apa-apa,” kata Anang ketika dihubungi.

Penyanyi yang bercerai dengan KD pada November 2009 memberitahu dia mendapat tahu mengenai berita itu daripada media. Anang menambah dia turut berbahagia dengan kehamilan bekas isterinya itu.

“Soal anak itu khabar yang menggembirakan dan kehamilan itu kan baik,” katanya lagi. KD juga dikatakan tidak menghiraukan tanggapan masyarakat mengenai isu kehamilannya. 

Menurutnya, lebih baik dia mengakui hal itu daripada timbul cerita yang lebih buruk tentang dirinya kelak. KD dan Raul menikah 20 Mac lalu dan mengadakan resepsi perkahwinan mereka di Hotel Mulia, Jakarta Selatan lima hari kemudian. - Detik

2 comments:

  1. Contoh ibu yg xbaik, moralnya teruk sebab taksub dgn cinta & nafsu. Buat malu kaum ibu & agama, mmg patut dihukum.

    ReplyDelete
  2. betol2..jika dia tidak berjaya dihukum..semoga dia dapat hidayah..

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu