adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, April 15, 2011

Taktik pikat SMS menjadi


PUTRAJAYA: Taktik cuba memikat melalui SMS akhirnya menemukan Masrina Rosli, 35, dengan adik perempuannya, Norizah Atikah Nordin, 12, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Masrina berkata, dia menggunakan taktik itu selepas ibu kepada rakan adiknya, Roslinda Karim, 46, mencadangkan supaya seseorang berlakon sebagai lelaki menghantar SMS mahu berkenalan menggunakan nombor talian yang tidak dikenali.

“Strategi itu berjaya menemukan adik saya, kerana sebaik saja SMS berkenaan dihantar, ia dibalas,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, sebelum ini dia cuba menghubungi adiknya itu beberapa kali tetapi setiap panggilan diputuskan, malah SMS yang dihantar tidak berjawab walaupun telefon bimbit adiknya aktif. 

Norizah Atikah, murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Presint 9(1), di sini, dijumpai di sebuah rumah teres di Taman Cempaka, Nilai, kira-kira jam 1 pagi semalam bersama seorang lagi rakannya, Nur Atiqah Tajuddin, 15. 

Kehilangan Norizah Atikah dilaporkan media semalam, selepas tidak pulang sejak keluar rumah kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu untuk menghadiri sesi pemilihan badminton di sekolah. 

Pada hari kejadian, Masrina bersama anggota keluarga lain pulang ke kampung di Tanjung Karang, Selangor manakala adiknya itu diminta menumpang rumah kawan yang juga jiran sepanjang mereka sekeluarga di kampung. 

Masrina berkata, ketika mengambil Norizah Atikah di Balai Polis Nilai, semalam, adiknya itu hanya menangis. 

“Namun, saya bersyukur adik saya sudah ditemui. Ia mengajar saya supaya lebih berhati-hati,” katanya.

Katanya, dia diberitahu ketika serbuan polis ke rumah terbabit, terdapat empat pemuda berusia 20-an dengan seorang daripadanya dipercayai warga Indonesia.

Ditanya mengenai seorang pemuda warga Indonesia itu ditemui berada bersama di rumah berkenaan, katanya, dia langsung tidak mengetahui hubungan adiknya dengan pemuda terbabit.

Menurutnya, lelaki itu hanya diberitahu sebagai abang angkat adiknya dan mereka dikatakan berkenalan melalui seorang rakan. 

“Adik saya ada memberitahu dia tidak menjawab panggilan daripada saya sebelum ini kerana takut dimarahi kerana sudah lama tidak pulang ke rumah. 

“Pada hari kejadian, dia keluar makan bersama lelaki itu di sebuah pusat beli belah dan terus dibawa bersiar-siar dengan sebuah kereta ke Jenderam dan Salak Tinggi sebelum ke sebuah rumah di Nilai.

“Malah, adik saya memberitahu lelaki terbabit tidak membenarkan dia dan rakannya pulang ke rumah manakala telefon bimbitnya juga diawasi,” katanya. - myMetro


cerita ni berkait dengan link Pelajar tingkatan empat hilang

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu