adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Sunday, April 10, 2011

Tangisan bayi di kawasan kubur


MASIH HIDUP... bayi perempuan yang ditemui di tanah perkuburan Islam.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui sepasang suami isteri di kawasan tanah perkuburan Islam Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu dan terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.

Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.

Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.

“Bayi yang cukup sifat itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini dirawat di Unit Rawatan Intensif Bayi (Nicu) bagi rawatan selanjutnya,” katanya.

“Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap pembuangan bayi itu masih giat dijalankan dan polis masih belum menemui sebarang bukti di tempat bayi itu ditemui,” katanya.

Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti.

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - myMetro

3 comments:

  1. sudah tiba masanya dilaksanakan hukum yg telah Allah tetapkn dlm al-quaran. Maksiat berleluasa di bumi bertuah ini. Kenapalah pemimpin Islam di M'sia ni masih buta hati.....

    ReplyDelete
  2. comelnya anak ini, sayang kelahiranmu tidak dialu-alukn. Ibu & papamu hanya penting nafsu serakah sahaja.....

    ReplyDelete
  3. kesian kau ya.....ujudmu x dihargai...

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu