adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, May 31, 2011

‘Ucap terima kasih lepas mencuri’


LICIN...Mariam menunjukkan beg tangan kosong selepas barangan dikebas, kelmarin.

PEKAN: Seorang wanita berjubah hitam bersama tiga anaknya yang melarikan wang tunai dan barang berharga bernilai RM13,500 daripada satu majlis kenduri sempat bersalam dengan tuan rumah dan mengucapkan terima kasih sebelum menghilangkan diri.

Mangsa, Mariam Ismail, 58, berkata, kejadian berlaku ketika dia mengadakan majlis kenduri menyambut menantu di rumahnya di perumahan Peramu Jaya Tiga, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin. 

“Wanita itu bersama tiga anaknya menggunakan helah mahu ke tandas dan tanpa kami sedari dia masuk ke bilik tetamu mengambil empat dompet saya, anak dan menantu yang mengandungi wang tunai.“

"Mereka turut mencuri barang kemas dan satu telefon bimbit bernilai lebih RM13,500. Selepas itu, dengan selamba mereka bersalam dengan saya sambil menghulurkan wang sumbangan tanda terima kasih sebelum pulang dengan motosikal,” katanya.

Mariam berkata, dia tidak mengenali wanita berusia 20-an itu namun menerimanya dengan baik sebagai tetamu di majlis kenduri itu. - myMetro

Serina Hamil Anak Kedua


Serina sedang bahagia dengan suami dan anaknya. - Foto ihsan SERINA
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan mengandung anak kedua yang baru sahaja berusia sebulan.
Serina mengesahkan perkara itu menerusi laman sosial Facebook miliknya yang ditulis pada Ahad.
“Syukur, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini.
“Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu,” katanya dalam laman sosial itu.
Pelakon itu turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef O'luanaigh yang kini berusia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar.
Catatan menerusi laman Facebook Serina.
Dalam perkembangan lain, Serina sedang sibuk berlakon drama Roda Roda Kuala Lumpur dan menerbitkan drama Mampus Masuk Kampung di bawah syarikatnya, YKS Film Maker Sdn Bhd yang ditubuhkan dua tahun lalu.
Selain itu, dia masih aktif menjadi pengacara majlis dan menjalankan perniagaan minuman kesihatan Mavellous.
Katanya, minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat penyakit kencing manis dan mati pucuk.
Bapanya, Datuk Chef Wan turut ditampilkan sebagai duta produk tersebut. - mStarOnline

‘Berdebar luar biasa’


KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad. - myMetro

Monday, May 30, 2011

Kenaikan Tarif Elektrik 7 Peratus Berkuat Kuasa Rabu


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.
"Ini bermakna, 7.5 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.
"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya. - mStarOnline

Salma, Juara Mentor 5 Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton


Salma mengungguli gelaran juara Mentor 5 di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad. - Foto LOW BOON TAT
SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.
Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.
Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).
“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.
Erra, mentor Salma turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
“Apa yang membangkitkan semangat saya untuk berjaya adalah teguran daripada Kak Erra dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh setelah melihat prestasi saya agak teruk pada peringkat separuh akhir,” kata Salma dalam satu sidang media.
Selepas memenangi program yang turut disiarkan secara langsung di TV3 itu, secara automatik Salma akan bergelar artis di bawah stesen televisyen itu sebelum bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.
“Saya akan meneruskan minat dalam bidang nyanyian dan teringin untuk memiliki album sendiri. Dengan wang tunai yang saya dapat ini, mungkin saya akan merealisasikan impian saya.
“Saya juga merancang untuk membawa keluarga makan angin,” ujarnya lagi yang turut mengaku statusnya sebagai janda beranak satu.
Salma pernah berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda berusia lebih tiga tahun.
Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
Datuk Sharifah Aini, Shiha mendapat tempat kedua manakala Edry dan Iqa di tempat ketiga.
Sementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.
Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.
Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS, Azmeer dan penyanyi Ziana Zain.
Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000. - mStarOnline

Agnes Monica didakwa meninggal dunia


JAKARTA - Sebuah laman blog, zaky-newsinsident.blogspot mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor, lapor sebuah akhbar semalam.
Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.
Penulis blog tersebut menyiarkan kenyataan bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpa Kekasihku itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas diberi ubat berlebihan.
Dia dikatakan meninggal dunia pukul 11 pagi.
Perkara itu dipercayai dirahsiakan oleh pihak pengurusan, hospital dan keluarga Agnes.
Bagaimanapun, penyanyi jelita itu menerusi kenyataan di Twitter semalam menjelaskan, dia semakin pulih dan dibenar pulang dari hospital Siloam, Kebun Jeruk, Jakarta Barat di sini.
Agnes dilapor hanya ketawa selepas mengetahui gosip dia telah meninggal dunia.
"Hihihi itu benar kerana saya 'Meninggal'kan rumah sakit... hahahha." akui Agnes.
Penyanyi itu menjalani rawatan di hospital tersebut sejak Selasa lepas akibat mengalami kecederaan di bahagian punggung. - Agensi

Pelajar maahad tahfiz dakwa diliwat


KUALA KRAI 29 Mei - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz berusia 13 tahun, mendakwa diliwat oleh senior dalam satu kejadian di asrama sekolah persendirian itu di sini, baru-baru ini.

Selain menjadi mangsa liwat, pelajar terbabit turut mendakwa dibuli dan diugut dengan senjata tajam oleh beberapa orang seniornya sehingga dia nekad melarikan diri dari asrama sekolah itu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa pelajar terlibat membuat laporan di Balai Polis Lakloh dekat sini, Selasa lalu.

Ibu pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yah, 48, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam 10 Mei lalu, ketika anaknya tidur di asrama sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.

Semasa memberitahu pemberita di sini, hari ini, Yah menyatakan, anaknya diliwat ketika tidur meniarap dan tidak dapat bertindak kerana badannya ditindih dari belakang. - Utusan

Lebam sebelum maut


SEDIH...ahli keluarga yang datang menuntut mayat mangsa di PPUM, semalam. Gambar kecil, Nguyen Thi Truong.

PETALING JAYA: Keluarga seorang wanita warga Vietnam yang mati dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium berhampiran Tropicana City Mall di sini dalam keadaan separuh bogel kelmarin percaya perbuatan itu dilakukan teman lelaki anaknya itu.

Seorang rakan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa, Nguyen Thi Truong, 26, pernah melarikan diri daripada teman lelakinya itu dan mencari perlindungan di rumah ibunya di Jalan Ipoh, dua bulan lalu.

“Malah, teman lelaki mangsa pernah mencarinya hingga ke rumah ibunya sebelum membuat kecoh.

“Bagaimanapun tidak lama kemudian, mangsa kembali menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya dan sejak itu, keluarga tidak mendapat lagi khabar berita mengenai mangsa,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama ibu mangsa, Nguyen Thi Nan, 52, dan beberapa ahli keluarga lain bagi menuntut mayat mangsa.

Menurutnya, telefon bimbit mangsa juga turut dirampas teman lelakinya itu bagi menghalangnya menghubungi sesiapa.

“Mereka percaya mangsa turut dipukul selepas kakaknya dapat menghubungi mangsa melalui laman sembang bervideo dan melihat wajah mangsa lebam.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat menuntut mayat anak mereka itu selepas bedah siasat selesai kerana pasport Thi Truong dipercayai dirosakkan teman lelakinya menyebabkan identitinya belum dapat dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dan ibunya datang ke Malaysia lebih setahun lalu dan kedua-duanya menganggur.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa sudah selesai namun polis tidak dapat mendedahkan kerana masih dalam siasatan.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan teman lelaki mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta.

“Kami masih menyiasat hubungan mereka dan lelaki itu mendakwa mangsa isterinya. Bagaimanapun, kami sedang menunggu dokumen diperlukan untuk membuktikan dakwaannya itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, seorang wanita separuh bogel dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium berhampiran Tropicana City Mall di Petaling Jaya, kelmarin.

Kejadian itu disedari sepasang suami isteri selepas mereka terkejut apabila mendengar dentuman kuat di belakang kereta mereka ketika memasuki tempat letak kereta di pusat beli belah berkenaan. - myMetro

Fedtri, Nurul Anati sah suami isteri


PASIR MAS: Kepetahan sebagai pengacara dimanfaatkan sepenuhnya oleh personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, 30, berikutan dengan hanya sekali lafaz, beliau disahkan menjadi suami kepada seorang guru Fizik, Nurul Anati Ismail, 26, dalam majlis ijab kabul di Masjid Ar-Rahman, To’ Uban, di sini, malam kelmarin.

Walaupun tertangguh hampir sejam disebabkan imam masjid, Ab Rahman Daud, 56, terpaksa menghadiri majlis solat hajat di tempat lain, ia langsung tidak menggugat semangat pengacara popular itu sekalipun mengakui, rasa ‘gugup’ kadangkala timbul di hatinya.

Lebih manis, sebaik selesai dibacakan khutbah nikah oleh Ab Rahman selama lima minit, imam masjid itu kemudian menyerahkan kepada ayah Nurul, Ismail Che Amat, 55, untuk menyempurnakan majlis ijab kabul itu.

Elly Mazlein Naik Kereta Kuda Di Majlis Pertunangan


Elly dan tunangnya, Azmi di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Elly dan bakal ibu mertuanya, Zaleha.
Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.
Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang. - mStarOnline

Saturday, May 28, 2011

Cut, suami bercerai?


JAKARTA: Selebriti Cut Tari yang terbabit dengan isu video lucah penyanyi Ariel Peterpan kini dilanda gosip lagi. Cut dan suaminya, Jusuf dikhabarkan sudah bercerai.

Isu perceraian Cut dengan Jusuf tersebar kerana sejak akhir-akhir ini pasangan itu jarang tampil bersama. Khabarnya, Jusuf kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Cut, malah dia dikatakan tinggal di kediamannya di Kemang, Jakarta Selatan.

Bagaimanapun, gosip itu dinafikan adik Cut, Cindy. Menurutnya, rumah tangga pasangan itu baik-baik saja.

“Hubungan mereka biasa saja dan masih tinggal bersama. Kalau tidak percaya, datanglah ke rumahnya,” jelas Cindy ketika dihubungi melalui telefon, semalam. 

Cindy berkata, gosip itu sengaja disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan ingin melihat rumah tangga pasangan berkenaan retak.

“Gosip itu sengaja direka. Rumah tangga Cut dan Jusuf aman sejahtera, maka usah gugat keharmonian kehidupan mereka. Beri mereka ruang untuk hidup dengan tenang,” katanya lagi. - myMetro

Puting Beliung Di Missouri: Semua Rakyat Malaysia Selamat - Wisma Putra


KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia yang cedera atau terkorban dalam bencana puting beliung yang melanda bandar Joplin, Missouri, Amerika Syarikat pada Ahad lepas.
Menurut kenyataan Wisma Putra, perkara itu dimaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di New York.
"Kedua-dua Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C dan Konsulat Jeneral Malaysia di New York sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang menghadapi masalah berikutan kejadian tersebut.
"Selain itu mereka juga sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa persekutuan dan negeri mengenai keadaan semasa di Missouri," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga telah mengarahkan kedua-dua perwakilan Malaysia itu mencari dan mendaftarkan rakyat serta pelajar Malaysia yang berada di sana untuk memastikan keadaan mereka.
Dalam bencana itu, seramai 89 orang dilaporkan terkorban. Ia juga memusnahkan bangunan serta harta benda sepanjang laluannya sejauh 10km. - BERNAMA

Friday, May 27, 2011

Budak patahkan pokok cili lebam dibelasah jiran


SERDANG: Angkara mematahkan pokok cili jiran, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipukul hingga lebam oleh jirannya dalam kejadian di Taman Pinggiran Putra, Sri Kembangan, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku apabila kanak-kanak berkenaan bermain dengan anak jirannya dan secara tiba-tiba pulang ke rumah sambil menangis.

Sumber polis berkata, ibu mangsa yang berusia 33 tahun berasa sangsi apabila anak kesayangannya pulang dalam keadaan menangis selepas bermain dengan anak jirannya.

“Ketika ditanya, mangsa memberitahu dipukul jiran sebelum ibu mangsa terus melihat badan mangsa yang terdapat kesan lebam.

“Mangsa mengadu dipukul dengan rotan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak lama kemudian, jirannya yang masih tidak puas hati dengan tindakan kanak-kanak itu datang ke rumah mangsa dengan memegang pisau dan hulu lesung seolah-olah mahu memukul mangsa dan ibunya.

“Jirannya menuduh kanak-kanak itu mematahkan pokok cili hingga menimbulkan kemarahannya sebelum beredar beberapa minit kemudian.

“Takut kejadian tidak diingini berlaku dan untuk melindungi diri serta keluarga, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Serdang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias mengesahkan laporan itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK). - myMetro

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Dihempap Papan Iklan


KUALA LUMPUR: Tiga cedera parah apabila dua kenderaan dihempap papan iklan yang terpelanting setelah dilanggar oleh sebuah treler yang gagal melepasi sebuah jejantas di Lebuhraya Elite, kira-kira 8.6km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis.
Ketua Polis Daerah Sepang Supritendan Imran Abd Rahman berkata sebelum kejadian pada 5 petang itu, sebuah treler, yang membawa muatan kenderaan berat hilang kawalan lalu terperosok pada sebuah jejantas ekoran ketinggian treler berkenaan melebihi had ketinggian enam meter jejantas berkenaan.
"Kejadian berlaku ketika hujan lebat...akibat perlanggaran itu sebuah papan iklan yang dilekatkan pada jejantas itu terpelanting lalu menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu dan sebuah teksi yang berada belakang treler berkenaan.
"Dua daripada tujuh penumpang Isuzu itu cedera parah manakala yang lain cedera ringan manakala pemandu teksi yang berusia 40-an juga cedera parah," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya ketiga-tiga mangsa yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. - BERNAMA

Selepas KJ, Giliran Siti Nurhaliza Sertai Wataniah


KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini Jumaat.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
"Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.
Beliau juga berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.
Katanya, meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.
"Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera 'rakyat'," katanya.
Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.
Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lepas, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu. -BERNAMA

Liyana & Fizz Bak Adik Beradik, Almy Enggan Komen


Mesej twitter yang dihantar oleh Liyana kepada Fizz.
PETALING JAYA: Hubungan pelakon Liyana Jasmay dengan Fizz Fairuz hanyalah ibarat seperti abang dan adik dan tidak lebih daripada itu.
Ibu pelakon wanita tersebut, Habsah Simpon, 54, berkata, anaknya dan Fizz memang suka bergurau dan tidak mustahil mereka menghantar mesej di Twitter menggambarkan seperti mereka sedang berkasih.
“Saya tidak rasa mereka bercinta. Mereka seperti adik dan abang sahaja. Lagipun mereka memang suka bergurau,” katanya.
Habsah diminta mengulas kononnya Liyana sedang bercinta dengan Fizz apabila mereka dilihat membalas mesej seperti yang dilakukan oleh pasangan kekasih termasuklah memanggil dengan perkataan “b” iaitu singkatan kepada “babby”.
Sementara itu, kekasih Fizz, pelakon Almy Nadia pula tidak dapat memberikan apa-apa reaksi kerana masalah itu hanya melibatkan Fizz dan juga Liyana Jasmay.
“Saya rasa terkelu lidah dan tidak tahu macam mana nak jawab setiap soalan yang diberikan tentang hubungan kami pada saat ini dan lebih baik soalan itu ditanya kepada Fizz sendiri.
“Sebagai wanita, saya tak nak terlibat dalam kancah hubungan cinta tiga segi dan memang tak boleh nak berikan jawapan kerana bukan saya yang menjadi penyebabnya. Saya minta maaf banyak-banyak,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Anak sulung daripada empat beradik ini lebih banyak sibuk dengan kerjaya lakonannya dan hanya memikirkan untuk mencari pendapatan bagi menampung tanggungan diri dan keluarga.
“Tentang hubungan mana-mana wanita dengan Fizz, jangan kaitkan dengan saya sebab saya tak tahu apa-apa langsung.
“Saya juga tidak tahu untuk memberikan jawapan tentang status hubungan kami kerana setelah berlaku perkara seperti ini, saya tidak mahu dikatakan perigi mencari timba dan ia boleh menjatuhkan maruah saya,” katanya apabila ditanya tentang status hubungannya dengan pelakon filem Nur Kasih The Movie itu.
Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang.
Izreen bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Fizz sekadar kawan biasa. - mStarOnline

Pernikahan Nurul (AF2) Di Narathiwat Sah


Nurul
KAJANG: Penyanyi Nurul, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.
Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.
Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.
"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.
Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.
Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.
Nurul sewaktu majlis pertunangannya.
Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.
"Saya ada cuba berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.
Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.
"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.
"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.
Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.
Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.
"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.
Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.
Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.
Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun. - mStarOnline

Thursday, May 26, 2011

‘Ujian buat kami’


AMPANG: Kehilangan kaki kanan dari paras paha ke bawah tidak mematahkan semangat seorang mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Sabtu lalu, meneruskan khidmat sebagai tenaga pengajar di rumah itu.

Mangsa, Mohd Irwan Zakaria, 33, yang mengajar Fardu Ain kepada penghuni rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu, kehilangan kaki kerana ditimpa runtuhan konkrit dalam kejadian itu.

Katanya, ketika kejadian, dia bersama penghuni lain sedang menyiapkan tempat bagi satu majlis apabila dengan tiba-tiba berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan konkrit runtuh serta menimpa dirinya.

“Saya akan tetap mengajar di rumah itu kerana mahu mendidik mereka menjadi insan mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.

“Peristiwa ini akan dikenang sampai akhir hayat kerana ia meninggalkan kenangan yang tidak boleh dilupakan kepada kami yang akrab seperti adik-beradik,” katanya yang reda dengan kejadian yang menimpanya ketika ditemui di Hospital Ampang, di sini, semalam.

Beliau yang bekerja di syarikat telekomunikasi terkemuka negara ikhlas mengajar anak di rumah itu pada setiap hujung minggu serta Rabu dan Jumaat.

Menurutnya, tiada kata yang dapat digambarkan kerana peristiwa itu meragut nyawa penghuni dan menganggapnya ketentuan pencipta untuk menguji keimanannya dan mangsa lain.

Bagi Zulkhairi Aminuddin, 13, yang turut kehilangan kaki kiri dari paras lutut ke bawah akibat dihempap batu besar dalam kejadian sama turut reda dengan apa yang menimpa dirinya.

Katanya, ketika kejadian, dia membuat kerja bersama rakan sebelum dikejutkan dengan runtuhan tanah yang menimbuskan badannya dari paras pinggang ke bawah.

“Saya tertimbus selama tiga jam dan ketika itu hanya mampu berdoa supaya diselamatkan tetapi kaki kiri saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa saya yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya reda kerana ini ketentuan terhadap diri saya dan akan terus tinggal di rumah berkenaan selepas sembuh kelak,” katanya dalam nada sebak.

Beliau yang tinggal selama tiga tahun di rumah itu berkata, sejak berada di rumah itu, dia berjaya khatam al-Quran selepas dibimbing ustaz dan mahu meneruskan usaha mempelajarinya selepas ini.

“Saya mahu menjadi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan berbakti kepada negara walaupun selepas ini terpaksa menggunakan kaki palsu tidak lama lagi,” katanya. - myMetro

Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai


MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Mei – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.

Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.

Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).

Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.

Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.

‘‘Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,’’ katanya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.

Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi. - Utusan

Izreen Tidak Ganggu Hubungan Almy Nadia & Fizz Fairuz


PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam (Izreen), 26, yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Almy Nadia dan Fizz Fairuz mengaku pernah berkawan rapat dengan aktor tersebut.
Bagaimanapun, jelas Izreen hubungan tersebut hanyalah sekadar kawan biasa dan terjalin sejak dua tahun lalu ketika mereka dipertemukan berlakon dalam satu drama.
“Saya terkejut apabila terbaca tentang gosip tersebut sebab ia sama sekali tidak benar kerana saya dan Fizz Fairuz sudah lama tidak berhubung.
“Ya, memang saya pernah berkawan dengan dia beberapa tahun dahulu kerana kami ada berlakon dalam satu drama bersama tapi selepas itu masing-masing dengan hal masing-masing,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Izreen menjelaskan dakwaan gosip cinta tiga segi antara dia, Almy Nadia dan Fizz Fairuz seperti yang dilaporkan sebuah akhbar Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali.
Dia juga dikatakan menjadi punca hubungan pasangan selebriti itu retak sehingga menyebabkan Fizz Fairuz menangguhkan perkahwinannya dengan Almy Nadia.
Fizz Fairuz
Jelas Izreen, khabar angin tersebut tidak benar dan secara langsung boleh mengeruhkan keadaan hubungan pasangan tersebut.
“Saya takut berita ini menjejaskan hubungan mereka, padahal saya langsung tiada kena mengena dalam perkara ini, saya tidak mahu digelar perampas.
“Begitu juga dengan Fizz, kami belum berjumpa lagi setakat ini dan kalau boleh saya tidak mahu disebabkan berita ini kami bermasam muka,” katanya yang bakal bergandingan dengan aktor tersebut untuk drama Stanza Cinta.
Tambahnya, disebabkan berita tersebut, banyak tohmahan dan gangguan telefon yang diterimanya daripada peminat yang tidak suka tentang perkara tersebut.
“Ada mesej dan gangguan telefon yang marahkan saya tentang perkara itu, padahal mereka tidak mengetahui perkara sebenar.
“Mungkin juga peminat-peminat mereka yang tidak suka perkara ini dan menganggap ia benar terjadi,” katanya. - mStarOnline

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu