adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, May 11, 2011

Anak Ketua Menteri Sarawak Sah Cerai


KUALA LUMPUR: Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib dan isteri, Datin Seri Shahnaz A. Majid sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah di sini pada Rabu.
Mahmud, 48, melafazkan cerai terhadap Shahnaz, 48, yang juga merupakan kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Sheila Majid, pada pukul 10.30 pagi.
Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mohamad Abdullah mensabitkan gugur lafaz talak kali pertama dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah selama tiga kali suci.
Terdahulu, Mohamad membenarkan Mahmud Abu Bekir untuk melafazkan talak selepas berpuas hati perkahwinan yang dibina pada 9 Januari 1992 telah berantakan dan tidak dapat diselamatkan.
Beliau juga dimaklumkan bahawa pasangan tersebut telah tidak menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama hampir 11 tahun. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu