adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, May 20, 2011

Awas Makanan Dicemari Kulat!


Jom kita kongsi tip dari SajiOnline. Ini PENTING, terutama untuk surirumah, kita kena peka dan ambil tahu sebab penyediaan makanan datang dari air tangan kita khusus untuk suami dan anak2. Kalau mereka sakit, siapa yang susah....kita jugak.
Jangan ambil mudah ya.
Kekacang, bijirin dan rempah ratus sering menjadi ramuan pilihan dalam pelbagai jenis masakan. Selain menjadi ramuan utama, kesemua bahan ini turut digunakan sebagai bahan tambah untuk menyedapkan lagi makanan.
Seperti juga bahan-bahan makanan lain, kekacang, bijirin dan rempah ratus perlu disimpan dengan betul agar tidak rosak serta dicemari mikroorganisme yang membahayakan kesihatan.
Makanan yang terdedah kepada kelembapan persekitaran yang tinggi dalam tempoh lama akan mudah ditumbuhi kulat. Dan bagi tiga bahan ini, kulat Aspergillus flavus serta Aspergillus parasiticus adalah merbahaya kerana darinya, terbentuk Aflatoksin yang boleh menjejaskan kesihatan.
Jika terdedah kepada Aflatoksin pada aras yang tinggi dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan barah hati dan keracunan makanan. Sekiranya seseorang berpenyakit hepar atau mempunyai jangkitan virus hepatitis B, dia juga lebih berisiko.
Antara kumpulan makanan yang biasa dicemari Aflatoksin adalah, kacang tanah, pistachio, mentega kacang, badam, jagung, beras, gandum, sekoi, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji matahari, cili, lada hitam, kunyit, halia, ketumbar dan sebagainya.
Sebab itu, cara penyimpanan bahan makanan ini perlu dititikberatkan; jangan dilonggokkan dalam kuantiti yang banyak tanpa pengaliran udara yang baik. Sebaiknya, simpan kekacang, bijiran dan rempah ratus di tempat yang kering, dalam bekas kedap udara.
Semasa membeli juga, pilihlah yang dalam keadaan baik dan segar, tanpa tanda-tanda rosak seperti ditumbuhi kulat, dan tiada perubahan dari segi fizikal.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu