adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, May 27, 2011

Budak patahkan pokok cili lebam dibelasah jiran


SERDANG: Angkara mematahkan pokok cili jiran, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipukul hingga lebam oleh jirannya dalam kejadian di Taman Pinggiran Putra, Sri Kembangan, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku apabila kanak-kanak berkenaan bermain dengan anak jirannya dan secara tiba-tiba pulang ke rumah sambil menangis.

Sumber polis berkata, ibu mangsa yang berusia 33 tahun berasa sangsi apabila anak kesayangannya pulang dalam keadaan menangis selepas bermain dengan anak jirannya.

“Ketika ditanya, mangsa memberitahu dipukul jiran sebelum ibu mangsa terus melihat badan mangsa yang terdapat kesan lebam.

“Mangsa mengadu dipukul dengan rotan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak lama kemudian, jirannya yang masih tidak puas hati dengan tindakan kanak-kanak itu datang ke rumah mangsa dengan memegang pisau dan hulu lesung seolah-olah mahu memukul mangsa dan ibunya.

“Jirannya menuduh kanak-kanak itu mematahkan pokok cili hingga menimbulkan kemarahannya sebelum beredar beberapa minit kemudian.

“Takut kejadian tidak diingini berlaku dan untuk melindungi diri serta keluarga, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Serdang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias mengesahkan laporan itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK). - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu