adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, May 18, 2011

Jakarta akan dilanda gempa?


JAKARTA: Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan menyeru orang awam supaya bertenang tetapi mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ramalan bahawa Jakarta, Sumatera dan Bandung mungkin dilanda gempa bumi berukuran 8.7 magnitud yang berpusat di Selat Sunda.

“Saya rasa apa pun berita yang tersiar, kita perlu berjaga-jaga,” katanya ketika acara jelajah motosikal sejauh 45 kilometer di Jawa Barat melalu Purwakarta dan Subang, semalam.

Beliau turut berkata akan terus berhubung dengan Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) untuk data lebih tepat mengenai gempa bumi daripada kakitangan khas Presiden untuk Hal Ehwal Sosial dan Bencana, Andi Arief dalam perbincangan yang diadakan Ahad lalu di Jakarta. 

“BMKG adalah institusi yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai gempa,” tambahnya.

“Memang benar gempa mungkin melanda Pulau Jawa hingga ke Papua tetapi Kalimantan tidak terbabit. Saya percaya terdapat gempa setiap hari dalam ramalan itu tetapi pada tahap kecil iaitu di bawah sembilan skala Ritcher, maka tidak diberi perhatian,” katanya.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Malang dan beberapa kawasan di Jawa Timur, pagi semalam hingga mencetuskan suasana cemas di kalangan penduduk. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu