adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, May 11, 2011

Kehilangan Aimi Jarr Dirasai Teman Rapat


Isteri Allahyarham Noriah Ishak menabur air mawar keatas pusara Allahyarham Aimi Jarr.Foto The Star Oleh MUHAMMAD AKIF
HULU KLANG: Pemergian pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr, 74 pagi semalam merupakan kehilangan besar buat industri seni tanah air.
Kahilangan turut dirasai oleh pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam kerana beliau merupakan antara teman rapat yang sentiasa berada di sisi Allahyarham.
Menurut Yusof, Allahyarham merupakan rakan serta penasihat terdekatnya dalam segala hal termasuk soal kerja dan keluarga.
“Saya mengenali beliau sejak tahun 80an lagi ketika itu saya baru baru sahaja melangkah ke dunia seni. Dia masih menjadi wartawan hiburan di sebuah majalah.
“Daripada hubungan seorang rakan sehingga bertukar menjadi hubungan kekeluargaan, saya menganggap dia seperti abang kandung saya sendiri.
“Kami bercerita bukan sahaja soal kerja malah soal rumah tangga dan anak-anak saya, dia merupakan pendengar setia saya,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah Allahyarham, di Taman Melawati, Selasa.
Tambah Yusof, biarpun sudah berusia, Allahyarham masih aktif menyumbangkan idea dalam setiap penulisan skrip terbitan Skop Production.
“Saya memang memerlukan dia sebagai penal skrip, walaupun kadang kala dia memberitahu ideanya sudah tidak setajam dahulu.
“Dia banyak beri input dari segi nasihat dalam setiap skrip-skrip drama terbitan syarikat saya,” katanya yang kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada Ahad lalu.
Datuk Yusof Haslam
Dalam pada itu, Yusof terkilan Allahyarham tidak sempat menyertai rombongan ke Beijing pada akhir tahun ini bersama pelakon-pelakon Gerak Khas.
Sementara itu, pelakon Tan Sri Jins Shamsuddin menyifatkan Allahyarham sebagai rakan dan penulis yang baik.
“Saya mengenali Allahyarham lebih 50 tahun ketika itu dia menjadi wartawan di majalahSelayang Filem.
“Pada saya, dia bukan sekadar wartawan tetapi turut memberi pendapat tentang filem dengan idea-ideanya sendiri.
Tambahnya, beliau terkilan kerana tidak berkesempatan bertemu Allahyarham lebih awal.
“Kali terakhir, kami berlakon bersama dalam drama Roda-Roda Kuala Lumpur episodAnak VIP yang baru disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini.
“Tapi saya agak terkilan tidak dapat bertemu dia buat kali terakhir beberapa minggu ini, kerana saya mendapat tahu dia tidak berapa sihat,” katanya.
Datuk Mustafa Maarof
Pelakon Datuk Mustafa Maarof pula menganggap Allahyarham merupakan seorang wartawan yang tegas dan berani menyuarakan pendapat.
“Allahyarham mempunyai hubungan baik dengan ramai orang dalam industri ini, tapi sebagai wartawan dia juga tegas dengan penulisannya.
“Dia juga ada mengkritik sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar, malah pernah terjadi satu kes yang mana seorang pelakon tidak berpuas hati dengan penulisanya dan bertindak memukulnya.
“Bagaimanapun kes pukul tersebut ditutup kerana sebab-sebab tertentu,” ujarnya.
Tambah Mustafa, kehilangan Allahyarham diibaratkan sebagai kehilangan sesuatu yang tidak ternilai dalam indutri ini.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa, akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi, Selasa.
Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang. - mStarOnline

2 comments:

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu