adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, May 5, 2011

Krisdayanti kesal gosip anak


JAKARTA - Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti mengaku sedih dan kesal dengan gosip yang mengatakan dia pernah ke Australia pada penghujung tahun lalu kerana ingin menggugurkan kandungan anak luar nikahnya, lapor laman berita detikhot semalam.
"Pada tahun 2010 saya ke Australia dibilang (dituduh) gugur, kenapa diberi rezeki harus dibuang, kasihan anak saya, sedih aja," jawab penyanyi berusia 36 tahun itu ketika ditemui di Studio Hanggar, Pancoran, Jakarta Selatan kelmarin.
Bekas isteri penyanyi dan komposer popular, Anang Hermansyah, 42, itu menganggap gosip kurang baik sejak kebelakangan ini cukup merisaukan dirinya dan suami, Raul Lemos.
Krisdayanti bagaimanapun menganggap setiap khabar angin itu menjadi lumrah dalam dirinya yang merupakan seorang selebriti.
"Dipuja dan dihina sudah biasa untuk public figure (selebriti) tapi kasihan dengan suami," kata ibu kepada dua cahaya mata itu yang dijangka menimang bayi lelaki selang beberapa bulan lagi.
Dalam berdepan pelbagai dugaan, penyanyi yang dikenali dengan lagu Menghitung Hari itu amat bersyukur kerana dia sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang menyayanginya.
"Tuhan tidak pernah tidur, dan saya yakin dengan apa yang saya lakukan adalah benar," kata Krisdayanti.
Pengakuan Krisdayanti sedang hamil empat bulan biarpun dia baru melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan dari Timur Leste itu pada kurang dua bulan cukup mengejutkan umum sehingga pasangan itu menerima pelbagai reaksi negatif. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu