adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, May 9, 2011

Maut ditikam di majlis kahwin


TAWAU - Seorang pemuda yang menceroboh satu majlis perkahwinan, maut selepas ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian di Tanjung Batu, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, lelaki berusia 27 tahun itu datang ke majlis terbabit tanpa diundang dan bertindak menendang kerusi serta meja dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam tersebut.
“Lelaki itu datang ketika orang masih berkaraoke dan tiba-tiba menendang meja dan kerusi. Dalam keadaan kucar-kacir itu seorang lelaki lain yang menjadi tetamu di situ bertindak menikam belakang lelaki berkenaan dengan benda tajam,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Akibat tikaman itu, lelaki yang identitinya belum didedahkan maut di tempat kejadian.
Ibrahim juga meluahkan rasa kesal kerana pihaknya gagal mendapat kerjasama sewajarnya bagi mengesan penyerang terbabit untuk membantu siasatan.
Beliau seterusnya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi polis. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu