adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, May 4, 2011

‘Moga dia bahagia’


KUALA LUMPUR: “Saya doakan yang terbaik untuk dia...semoga bahagia dan harapan saya, apa yang dia impikan selama ini menjadi kenyataan,” kata Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Bakal Angkasawan Kedua Negara itu mengulas mengenai bekas kekasihnya, pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, yang membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini.

Dr Mohd Faiz berkata, walaupun hubungan sudah berakhir dan kini membawa haluan masing-masing, tetapi mereka masih menjadi kawan biasa.

“Waktu dengan dia, saya banyak belajar dan hingga sekarang ini pun kita masih berkawan.

“Malah awal April lalu, saya sempat bertemunya di TV3 ketika menjadi tetamu di MHI (Malaysia Hari Ini). Bagaimanapun, dia tidak memberitahu saya yang dia akan bertunang atau melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Menurutnya, dia dan Nurul mempunyai hala tuju berbeza, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa membawa haluan masing-masing.

Ditanya sama ada dia sudah mempunyai pilihan lain Dr Mohd Faiz berkata, buat masa sekarang dia belum lagi bertemu insan yang memahami dirinya.

“Lagi pun saya sekarang sedang bekerjasama dengan Pusat Sains Negara bagi menjayakan program Perkampungan Sains: Aerospace di sekolah.

“Saya juga sibuk dengan blog bagi menceritakan pengalaman dan sebagainya mengenai angkasawan,” katanya dan orang ramai boleh melayari laman blognya di www.faizkhaleed.com.

Dr Mohd Faiz berkata, Mac lalu dia baru pulang dari Russia untuk latihan angkasa lanjutan yang dijangka akan dimulakan hujung tahun ini atau awal Januari depan. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu