adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, May 23, 2011

Noh Hujan Serah Persiapan Perkahwinan Pada Kakak


Noh akui kesibukannya memaksa dia menyerahkan urusan persiapan perkahwinan kepada kakaknya. - Foto MUHAMMAD AKIF
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mengakui kesibukannya dengan komitmen nyanyian memaksa dia menyerahkan persiapan majlis resepsi perkahwinannya dengan penyanyi Mizz Nina di Kuching, Sarawak pada 16 Julai depan kepada kakaknya sepenuhnya.
Ujar Noh dia hanya dimaklumkan tentang perkembangan semasa persiapan tersebut menerusi penggilan telefon kakaknya saja.
"Persiapan resepsi kami di Kuala Lumpur diuruskan oleh Nina, manakala persiapan untuk resepsi di Kuching saya terpaksa serahkan pada kakak.
"Saya terlalu sibuk dan memang tidak sempat untuk berulang-alik ke Kuching. Mujurlah, ada kakak dan keluarga yang uruskan semuanya.
"Ibaratnya, saya hanya tandatangani cek untuk bayaran sebarang persiapan dan dimaklumkan menerusi telefon saja," katanya yang ditemui selepas konsert Jam With Us TV9, di Bukit Bintang, baru-baru ini.
Apabila ditanya mengenai debarannya bergelar suami dalam tempoh kurang daripada dua bulan saja lagi, Noh berkata, dia sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab itu.
"Saya benar-benar sudah bersedia. Mungkin daripada segi persiapan, saya tidak sempat untuk terlibat sepenuhnya tetapi mental dan fizikal saya sudah bersedia untuk bergelar suami Nina.
"Realitinya, tiada apa yang akan berubah selepas berkahwin nanti. Saya dan dia akan terus aktif dalam bidang seni.
"Saya tidak akan sekat atau halang dia untuk terus menyanyi. Kami saling menyokong antara satu sama lain," katanya.
Aksi Noh bersama kumpulan Hujan dalam konsert Jam With Us TV9 di Bukit Bintang, malam Jumaat lalu.
Pada konsert Jam With Us TV9 yang berlangsung di ruang legar pintu masuk pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang, malam Jumaat lalu, Hujan melakukan persembahan penutup.
Dek keterujaan dan sambutan luar biasa peminat, mereka yang sepatutnya menyampaikan empat lagu termasuk Muda, Inspektor Ramos, Empayarmu dan Mencari Konklusi telah mendendangkan lapan lagu.
"Jarang ada peluang begini di mana penganjur (TV9) memberikan kebebasan di pentas. Sambutan peminat pun meriah, itu sebab kami sampaikan lagu-lagu esktra daripada yang dirancang.
"Selalunya, kami memang suka dengan perancangan secara spontan. Ia pasti menjadi dan meriah," katanya.
Selain kumpulan Hujan, konsert berdurasi lebih lima jam itu turut disertai oleh Aizat, kumpulan Awan Band, Drama, Gabba Gabba, Grey Sky Morning dan Pesawat.
Ia diacarakan oleh hos Aidid Marcello dan Lydia Ibtisam. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu