adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, May 17, 2011

Nyaris mangsa ayat ‘power’

KAJANG: Ketampanan dan ayat 'power' dijadikan modal seorang buruh binaan warga asing untuk menawan hati seorang wanita sebelum mencabulnya, semalam.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 47 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan sebuah pasar raya di Semenyih, di sini sebelum dihampiri sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Bangladesh, kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu memandu kereta berkenaan tanpa lesen.

“Sebaik menghampiri mangsa, lelaki berkenaan turun untuk berbual-bual dengan harapan memikat mangsa.

“Apabila mangsa memberi respons yang baik, lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar Semenyih,” katanya.

Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah rumah kedai di kawasan Perindustrian Ria, Semenyih. 

“Selepas kira-kira sejam bersiar-siar, lelaki itu mengajak mangsa masuk ke dalam rumah kedai berkenaan. 

“Mangsa hanya mengikut tanpa mengesyaki lelaki itu berniat serong ke atasnya,” katanya.

Difahamkan, selepas yakin keadaan sekeliling selamat daripada sebarang gangguan, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan memegang payudara mangsa selain cuba merogolnya.

“Bimbang dirinya diperlakukan lebih kejam, mangsa yang ketakutan melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang awam. Ketika itu, beberapa anggota polis kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian pergi ke arah anggota polis berkenaan dan menceritakan apa yang berlaku.

“Bertindak atas maklumat, anggota polis pergi ke rumah kedai berkenaan dan menahan suspek kira-kira jam 12 tengah hari.

“Suspek yang berada di dalam rumah kedai berkenaan terkedu sejurus anggota polis tiba dan tidak sempat melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan tangkapan itu dan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu