adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, May 14, 2011

Operasi Bas Henti-Henti Bakal Berakhir


PETALING JAYA: Ribuan penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan bas henti-henti untuk ke kawasan bandar bakal berhadapan dengan masalah apabila banyak syarikat bas mula mengentikan perkhidmatan mereka sejak 1 Mei lalu.
Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia berkata, ratusan lokasi di seluruh negara tidak lagi dapat menikmati perkhidmatan bas mereka apabila ada ahlinya bertindak mengurangkan dan menghentikan operasi bas henti-henti tersebut.
Persatuan tersebut mempunyai 130 syarikat berdaftar dengan lebih 3,200 bas berkata ahli terpaksa menghentikan perkhidmatan bas henti-henti itu kerana mereka tidak mampu menanggung peningkatan kos yang terlalu tinggi.
Kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak dijangka terjejas teruk ekoran pemberhentian operasi bas henti-henti ini.
Laluan lain yang berisiko termasuklah, Klang-Sabak Bernam-Andalas (Selangor), Seremban-Nilai-Bahau (Negri Sembilan), Kota Baru-Sungai Ping-Tiong (Kelantan), Bandar Melaka-Sungai Rembai-Alor Gajah (Malacca) dan Ipoh-Kampar-Gerik (Perak).
Bagaimanapun Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia, Datuk Ashfar Ali agak keberatan untuk mendedahkan butiran pelan tindakannya kerana beliau bimbang lesen operasi bas henti-henti ahlinya akan dibatalkan.
Sejak Disember lalu, ramai pengusaha bas mengeluh bahawa perniagaan mereka terjejas kerana peningkatan harga bahan api, alat-alat ganti dan kos tenaga buruh.
Persatuan itu juga pernah menyerahkan satu memorandum kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meminta kerajaan membeli semua asset mereka termasuk bas, laluan bas dan pekerja mereka.
Tidak lama selepas itu, Ashfar berkata mereka telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat dengan SPAD dan ia pernah disiarkan dalam laporan akhbar The Star pada 21 Februari lalu, bagaimanapun tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh suruhanjaya berkenaan sejak itu.
Ketika dihubungi, SPAD mengesahkan mengenai mesyuarat itu bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan terkini mengenai cadangan yang dikemukakan dalam memorandum yang telah diserahkan kepada mereka.
Bukan itu sahaja, baru-baru ini syarikat pengusaha bas itu sekali lagi menerima pekeliling memaklumkan bahawa akan berlaku satu lagi kenaikan harga bahan mentah tidak lama lagi.
“Syarikat pembekal kami juga telah memaklumkan bahawa akan berlaku lagi kenaikan terhadap kos barangan seperti bateri, bahan pelincir dan tayar bermula bulan ini.”
Mereka mendakwa akan berlaku kenaikan kos terhadap insuran muatan apabila ‘New Motor Cover Framework’ mula berkuat kuasa Januari tahun depan.
Jurucakap Bank Negara, mengesahkan bahawa lori, bas ekspres dan pelancong akan disenaraikan sebagai ‘kenderaan risiko khas’ dan mereka perlu membayar peningkatan muatan antara 200 peratus dan 400 peratus.
Ashfar menegaskan syarikat pengusaha bas tidak mempunyai pilihan selain berharap kerajaan bersetuju mengambilalih operasi mereka dan menyediakan stok bahan mentah. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu