adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, May 30, 2011

Pelajar maahad tahfiz dakwa diliwat


KUALA KRAI 29 Mei - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz berusia 13 tahun, mendakwa diliwat oleh senior dalam satu kejadian di asrama sekolah persendirian itu di sini, baru-baru ini.

Selain menjadi mangsa liwat, pelajar terbabit turut mendakwa dibuli dan diugut dengan senjata tajam oleh beberapa orang seniornya sehingga dia nekad melarikan diri dari asrama sekolah itu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa pelajar terlibat membuat laporan di Balai Polis Lakloh dekat sini, Selasa lalu.

Ibu pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yah, 48, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam 10 Mei lalu, ketika anaknya tidur di asrama sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.

Semasa memberitahu pemberita di sini, hari ini, Yah menyatakan, anaknya diliwat ketika tidur meniarap dan tidak dapat bertindak kerana badannya ditindih dari belakang. - Utusan

1 comment:

  1. bahaya ni....anak aku ada gak kat maahad tahfiz....simpang malaikat 44. Minta2 tampat anak aku dihindar dr petaka ini.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu