adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, May 18, 2011

Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi


KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang bekas pegawai polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di sini, dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, bekas pegawai berusia 62 tahun itu difahamkan berpangkat asisten supritendan sebelum bersara, cuba melarikan diri menerusi tingkap hotel namun terjatuh di beranda tingkat lima hotel itu.

Ketika serbuan dibuat, difahamkan lelaki itu berada di dalam bilik hotel bersama pasangannya, seorang ibu tunggal berusia lingkungan 40-an.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis dimaklumkan bahawa pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada ibu tunggal pasangan lelaki itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat bekas pegawai polis itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - utusan

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu