adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Wednesday, May 4, 2011

Saksi Sakit, Bicara Nafkah Anak AC Mizal Tangguh


KAJANG: Perbicaraan permohonan bagi mengubah nafkah anak yang difailkan oleh bekas isteri pelakon dan pengacara popular, Datuk AC Mizal terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan dua saksi yang sakit.
Peguam syarie, Mohd Ridhwan Husin yang mewakili plaintif, Shafnie Zainudin berkata, saksi-saksi tersebut dijadualkan untuk memberikan keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Selasa.
Dua saksi itu ialah ibu Shafnie, Rapiah Ab Talib dan Mazlina Alias yang merupakan rakan kepada Shafnie.
"Rapiah berada di Hospital Serdang, dekat sini kerana menjalani pembedahan mata sementara Mazlina pula difahamkan tidak sihat selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Ridhwan memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan baru dan beliau memberi aku janji akan memasukkan afidavit keterangan tujuh hari sebelum itu bagi membolehkan saksi terus disoal balas oleh peguam syarie yang mewakili AC Mizal.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan 6 dan 13 September depan sebagai tarikh perbicaraan.
Beliau juga menegur ketidakhadiran Shafnie pada prosiding itu yang diberitahu sedang berada di luar kawasan.
"Saya harap plaintif akan konsisten dalam kehadirannya di kes ini dan jika tidak hadir pada tarikh seterusnya, mahkamah akan anggap dia tidak berminat untuk meneruskan kes.
"Hari ini dia tidak hadir tanpa alasan. Saya ingat defendan (AC Mizal) akan memaklumkan alasan ketidakhadiran kepada peguam syarienya jika tidak dapat menghadiri mahkamah.
"Hari ini saya lihat defendan sejak pukul 3 petang telah terpacak di sini. Sepatutnya plaintif yang kena serius kerana dia yang tuntut nafkah dari defendan," katanya.
Peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal atau nema sebenarnya Mizal Zaini, 39, kemudiannya bersetuju agar kes digugurkan jika Shafnie tidak hadir di masa hadapan.
Shafnie, 36, memfailkan tuntutan untuk mengubah nafkah dua anak mereka yang berjumlah RM300 sebulan dinaikkan menjadi RM3,770 sebulan atas alasan berlaku perubahan dalam pendapatan AC Mizal yang didakwa berkemampuan untuk membayarnya.
Menurut Shafnie, jumlah RM300 itu dipersetujui pada tahun 2004, iaitu tiga tahun selepas mereka bercerai. Wanita itu juga mendakwa, dia reda dengan jumlah itu kerana pada waktu itu, AC Mizal tidak berkemampuan.
AC Mizal yang merupakan pengacara Maharaja Lawak berkahwin dengan Shafnie pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua anak, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001. - mStarOnline

1 comment:

  1. Pd pendpt akak lah, AC klu dah mampu, apa salahnya beri lebih utk zuriat sendiri. X yah sampai masuk mahkamah. Nak tanggung pun anak sendiri bkn org lain pun.

    Kita xtau masa depan kita camna, manalah tahu esok2 dia org ni juga yg bakal membela maupun merawat kita. Jgn esok di kemudian hari timbul, anak2 x ambil peduli akan kebajikan kita. Masuk paper....siapa yg malu, kita juga...sebab umum dah tahu nak minta nafkah anak2 sampai masuk mahkamah....fikir2kan lah.....

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu