adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Thursday, May 12, 2011

Salih Yaacob nak nikah lagi

Hai....bertuah badan ya....

Siapa tak kenal dengan Salih Yaacob, 50, pengacara dan penyampai radio Sinar FM yang juga terkenal dengan pernikahan demi pernikahan.

Kali ini Salih Yaacob bakal menikah lagi untuk kali keberapa?, akak tak pasti. Tapi yang pastinya mengenapkan kuota yang ke 4nya dengan seorang anak gadis berusia 24 dari Johor yang dikenali sebagai Emi.

Bukan calang-calang anak dara tau....seorang pelajar IPT lagi, cantik tau. Kalau tak percaya tengok foto bakal isteri Salih ni......
Cantik kan? Memang cantik, terpelajar lagi....itu yang akak cakap bertuah badan si Salih Yaacob ni.... 

Pemuda-pemuda kat luar sana, jangan jeles....

Menurut Emi: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya. Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup."

Dan di bawah ini pula foto ketiga-tiga isteri kesayangan Salih Yaacob


Bahagia kan? Mereka kelihatan bahagia hidup bersama.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Diharap Salih berlaku adil dan berbahagia dengan isteri-isteri dan bakal isterinya, semuga Allah swt memberkati kehidupan rumahtangga mereka dan dimurahkan rezeki.

sumber & foto dari myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu