adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Saturday, May 21, 2011

Suami Elyana minta maaf


KUALA LUMPUR: “Saya mewakili isteri memohon maaf kepada semua wartawan dan jurugambar yang tertunggu-tunggu kehadiran Elyana. Sepatutnya majlis ramah mesra bersama media dilangsungkan tetapi kerana Elyana tidak memiliki pakaian sesuai berikutan dia sudah mengandung lima bulan, majlis itu terpaksa dibatalkan,” kata Khairul Anuar Hussin, 36, ahli perniagaan yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi, Elyana, 24.

Khairul Anuar berkata demikian, ketika dihubungi semalam selepas isterinya itu gagal hadir ke Restoran Seri Melayu, di Jalan Conlay kelmarin bagi majlis ramah mesra untuk mempromosikan single terbarunya itu berjudul Sewaktu Dulu-Dulu.

Katanya, majlis dijadualkan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin menyebabkan ramai pihak media ternanti-nanti kehadiran isterinya sebelum mengambil keputusan pulang ke pejabat.

“Saya dan ibu Elyana memohon maaf kerana kami tidak menjangkakan ianya akan berlaku malah keputusan itu adalah di saat-saat akhir,” katanya.

Antara media yang hadir ke restoran berkenaan menunggu kehadiran Elyana termasuklah daripada Harian Metro, Berita Harian, New Straits Times, Gua.com dan ramai lagi. - myMetro

1 comment:

  1. hai...mcm2 hal nak cari masalah dgn wartawan. Dah tahu ada press conf ngapa x prepare awal2 cari baju sesuai....alasan2.

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu