adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, May 27, 2011

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Dihempap Papan Iklan


KUALA LUMPUR: Tiga cedera parah apabila dua kenderaan dihempap papan iklan yang terpelanting setelah dilanggar oleh sebuah treler yang gagal melepasi sebuah jejantas di Lebuhraya Elite, kira-kira 8.6km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis.
Ketua Polis Daerah Sepang Supritendan Imran Abd Rahman berkata sebelum kejadian pada 5 petang itu, sebuah treler, yang membawa muatan kenderaan berat hilang kawalan lalu terperosok pada sebuah jejantas ekoran ketinggian treler berkenaan melebihi had ketinggian enam meter jejantas berkenaan.
"Kejadian berlaku ketika hujan lebat...akibat perlanggaran itu sebuah papan iklan yang dilekatkan pada jejantas itu terpelanting lalu menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu dan sebuah teksi yang berada belakang treler berkenaan.
"Dua daripada tujuh penumpang Isuzu itu cedera parah manakala yang lain cedera ringan manakala pemandu teksi yang berusia 40-an juga cedera parah," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya ketiga-tiga mangsa yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu