adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, May 23, 2011

Tragedi menyayat hati

Airmata keibuan pasti mengalir setiap kali aku menatap wajah anak ini di paparan berita tv dan hari ini di akhbar Metro.

Wajah yang kehilangan dan trauma menghiasi raut mukanya dengan airmata yang mengalir tanpa kata-kata.

Ditambah lagi dengan kata-kata yang menyayat hati luahan rasa kekesalan Mohd Awie Abdul Latif, 11, yang kehilangan adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan 9 penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada hari Sabtu, 21.05.2011 lebih kurang pukul 2.30 petang. 
SEBAK...Awie yang sebak ditenangkan bapa saudaranya di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Berikut kita kongsi luahan hatinya yang benar-benar menyentap hati aku.

“Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.

“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.” 

Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya.

Kalaulah aku ada di tempat kejadian, mahu aku peluk anak ini untuk berkongsi rasa pilu dan kesedihannya. 

Semoga Allah swt memberikan kekuatan untuknya serta adik-adik yang cedera pulih dari trauma ini. Dan doa serta alfatihah buat mangsa yang telah terkorban.
cerita & foto: Harian Metro


1 comment:

  1. sedih.:(

    semoga arwah adik nya di cucuri rahmat.:(

    ReplyDelete

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu