adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Tuesday, June 7, 2011

Aku rindu mereka semua

Image
Inilah dia wajah2 guru yg mengajar aku dulu, tapi nama dah xingat. (Foto: skclifford.net46.net)


SK CLIFFORD KUALA LIPIS



Semalam, dalam dok melayan anak dara bongsu bercerita kisah kawan2 sekolah dia, dia bertanya pula padaku tentang rakan2 ku di zaman persekolahan dulu.

Sibuk sidara ku nak tahu dari sekolah rendah hingga menengah, siapa rakan karib, apa aktiviti yg aku sertai atau nakal ke tidak aku diwaktu itu.....hai, terimbau kembali kenangan lalu.....

Dari sekolah rendah sampai menengah hingga kolej, memang banyak kenangan. Bila bercerita, aku jadi rindu pada mereka.

Aku hanya ingat pada teman2 di Sek Keb Clifford, Kuala Lipis dari darjah 4 seterusnya sebab masa darjah 1 hingga 3 aku di Methodist Girls School, Brickfield, jadi ingatan ku agak blurr lah sikit.

Sahabat karib yg mula2 aku kenal masa pindah ke Clifford ialah Rosminah Mamat, Norhayati Zainal Abidin, Hamidah Hamid & Junisah Yaali.

Antara mereka berempat ni, yg paling rapat sekali ialah Rosminah. Dia pelajar pertama yg menegur aku masa check-in kat Clifford.

Aku rapat dgn dia sebab latar belakang kehidupannya masa itu. Tinggal dgn ibu saudara yg bagaikn mak tiri.

Sebahagian masa kanak2 aku habiskn bersama Rosminah (Minah) dgn Junisah (Ju tinggal berdekatan dgnku, anak polis). 

Minah lebih byk habiskn masa di rumahku, bak kata org tidur baring dgn aku lah sampai mak tiri dia pernah serang aku kat rumah. Nasib baik masa tu ibubapa ku sporting, dia org backup kami.

Rindu betul aku kat dia org berdua. 

Kemudian kami dipisahkn bila masuk sekolah menegah. Aku di Santa College (sebenarnya Sek Men Keb Bt 2 tapi gurubesar dia Mr Santa Singh, garang sangat maka digelarlah sek tersebut dgn gelaran itu) manakala Minah dgn Ju ke Sek Men Clifford hingga form 3.

Kami bersama balik masa form 4 di Sek Men Clifford tapi masa tu Minah dah berhenti. Kalau xsilap aku Minah nikah masa aku sibuk nak ambil SPM. Lepas habis paper BM kalau xsilap, aku, Ju dgn kawan2 lain menghadiri majlis dia.

Masa tu aku frust lah jugak, sebab dia dah sibuk nak kawin, belum puas bersama, tapi nak wat camna kan dah jodoh dia sampai dulu. Kami doakn yg terbaik buat dia.

Lepas tu sampai skrg, aku x jumpa2 lagi dia. Bayangkn dah brp lama tu? Tup2 anak dara dia add aku kat FB. Jadilah.... dpt tengok foto2 dia. Aku cuba hubungi Minah, tapi syg dia xjawab call aku.

Tapi walau camna pun satu hari nanti akan ku terjah juga umah dia, pasti nostalgik kan masa tu....dpt aku bayangkn suasana yg hiba sebab aku mmg rindu sangat kat dia.

Si Ju ni pun aku xtahu mana nak cari, dlm FB pun xda....hmmm satu hari nanti pasti ku jumpa juga dgn Ju ni....insyaAllah kalau ada jodoh kami.

Tentang rakan2 sek men, nanti ku ceritakn di lain episod...bukan apa, ni kan memori aku. Manalah tahu kot ada yg kenal mereka2 ini dpt lah aku jumpa kan......

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu