adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, June 10, 2011

Dokumentari Micheal Jackson Sepanjang Jun Di 8TV



PETALING JAYA: Bagi memperingati Raja Pop Dunia, Micheal Jackson, stesen televisyen 8TV akan menyiarkan kisah-kisah perjalanan seni penyanyi itu sepanjang Jun ini dalam "Michael Jackson Specials!".
Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul kehilangan legenda pop tersebut memberi impak dalam industri, malah dokumentari yang akan disiarkan ini adalah sebagai penghormatan buat beliau.
“Michael Jackson merupakan legenda pop dunia. Kehilangan beliau sememangnya memberi impak yang besar dalam industri hiburan dunia. Saya percaya karya seni beliau akan sentiasa diingati oleh khalayak.
"Kami di 8TV mengambil kesempatan ini untuk memperingati pemergian Raja Pop Michael Jackson dengan menyiarkan program dan dokumentari menarik mengenainya,” ujar Airin.
Bermula Sabtu ini rancangan berjudul Michael Jackson: Where’s the Money? akan disiarkan di 8TV pukul 11 malam yang akan membongkar kemelut kewangan yang dihadapi oleh beliau.
Michael Jackson punya segalanya termasuk kemewahan dan populariti seawal usia 13 tahun.
Namun sewaktu kerjaya dan populariti Michael berada di puncak dan beliau dilihat sebagai lubuk emas.
Segalanya tidak seindah yang dilihat oleh mata kasar kerana Michael turut dibebani hutang yang banyak.
Diikuti dokumentari berjudul Michael Jackson King of Pop akan disiarkan pada 11 Jun 2011, pukul 11.30 malam.
Ia mengisahkan tentang perjalanan kerjayanya dalam sesi temubual dan video-video eksklusif.
Sepanjang hayat beliau, Michael banyak melakukan eksperimen dengan muzik dan mempersembahkan sesuatu yang kreatif.
Isu ketagihan beliau dalam pembedahan plastik, kisah-kisah peribadi, krisis kewangan dan juga tuduhan mencabul kanak-kanak merupakan hal yang sentiasa menarik perhatian media.
Di sebalik kemasyhuran dan kejayaan yang dikecapi beliau, terpalit kisah sedih yang menimpanya sewaktu kecil yang tidak diketahui ramai.
Manakala The Last Days of Michael Jackson akan disiarkan pada 18 Jun, pukul 10.30 malam.
Rancangan ini akan menyiarkan hari-hari terakhir Michael Jackson dan turut memaparkan petikan-petikan dan temubual eksklusif sepanjang riwayatnya.
Seterusnya filem This Is It akan disiarkan pada 25 Jun, pukul 10.30 malam.
Ia memaparkan sebalik tabir pembikinan konsert jelajahnya. Kesemua rakaman-rakaman yang dipaparkan merupakan detik-detik terakhir dalam kehidupan beliau. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu