adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Friday, June 3, 2011

Duda durjana


KANGAR: Bukan sahaja dicerai suami, malah seorang wanita berusia 25 tahun turut menjadi mangsa samun bekas suaminya itu apabila beg tangan miliknya dilarikan lelaki durjana itu selepas cermin kereta dipandu mangsa dipecahkan di Guar Musang, Chuping, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.50 malam, mangsa seorang penjawat awam, memandu kenderaannya bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumah dari Bukit Kayu Hitam, Kedah apabila dihalang bekas suaminya yang berusia 30-an.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa diekori suspek menggunakan kereta sebelum bekas suami memintas dan menghalang kenderaannya.

Katanya, kereta dinaiki mangsa dihalang kenderaan bekas suami sebelum suspek mengarahkannya keluar.

“Mangsa yang ketakutan bertindak mengunci kenderaan dari dalam, tetapi suspek memecah cermin kereta menyebabkan mangsa berlari keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Menurut Che Man, mangsa cuba mengambil semula beg tangan yang disamun bekas suaminya, tetapi gagal berikutan tindakan agresif suspek. Che Man berkata, wanita itu dikejar bekas suaminya sebelum terjatuh di tepi jalan dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Bagaimanapun orang ramai yang melihat kejadian itu membantu wanita itu, namun bekas suaminya sempat merampas beg tangan mangsa dan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang cedera ringan itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Difahamkan wanita berketurunan Thailand dan bekas pasangannya baru sahaja bercerai.

Sementara itu, Che Man berkata, polis belum dapat mengesan lelaki terbabit namun sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu