adv

Pengikut Cun N Macho

HBeat

Monday, June 20, 2011

Gangguan bekalan air di Negeri Sembilan rabu ini


SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air Rabu ini (22/06/11)  mulai pagi.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Azlan Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata gangguan di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau akan berlaku selama 16 jam mulai pukul 9 pagi berikutan kerja penyelenggaraan berjadual kolam Air Bukit Tunggal.

Kawasan yang terlibat di daerah Seremban ialah Taman Cempaka, Kampung Linsum, Bandar Eka, Taman Delima Siliau, Kampung Sungai Sendayan, Kampung Sega, Taman Kristal, Taman Seri Damai, Rumah Rakyat Kuala Sawah, Pekan Rantau, Kampung Ulu Lalang, Rumah Rakyat Ulu Lalang dan Kampung Kanchong.

Di Port Dickson melibatkan Air Kuning, seluruh kawasan Linggi, Kampung Tampin Linggi, Kampung Takau, Ladang Tampin Linggi, Takau Estet, Rumah Rakyat Linggi, Pekan Linggi, Masjid Kariah Tampin Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Masjid Kariah Pengkalan Durian, Rumah Rakyat Pengkalan Kempas dan Kampung Permatang Pasir.

Di Rembau, ia melibatkan Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, Lebuh Raya Pedas, Merbau 9, Minching B, Hentian Lebuh Raya Seremban, Hentian Tinggi Estet, Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Sekolah Teknik Chembong, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri dan Taman Pinggiran Pedas. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Klik klu suka

Related Posts with Thumbnails

Iklan Semanis Madu